Perlukan bantuan Don Arif? Jom jumpa pada 31 Oktober ini di pawagam! ?

MLS4: Zuara Tak Sangka Hampir Tersingkir, Anggap Dah Buat Terbaik Sebab Siap Upah Cikgu Vokal & Tarian - “Mungkin Kami Sedih Sikit…”

Asyikin Mayudin
25/10/2024 04:56 MYT
Hampir tersingkir selepas mendapat markah terendah, kumpulan Zuara mengakui mereka berasa agak sedih dengan keputusan memandangkan sudah melakukan yang terbaik pada minggu kelima Muzikal Lawak Superstar 4 (MLS4).

Zulin mewakili kumpulan berkata dia dan dua ahli yang lain iaitu Nizam Jentik-Jentik dan Chiwan buat pertama kali memasuki kelas tarian selain mengupah cikgu vokal untuk persembahan pada Ahad lalu.

“Minggu kelima memang kami all out, pertama kali masuk studio, kita belajar menari… yela, kami pun bukan pandai menari. Kami pun ada upah cikgu vokal, tarian.

“Walaupun keputusan orang tak berpuas hati tapi sekurang-kurangnya kami ada efforts itu. Mungkin kami sedih sikit sebab minggu ini kami all out,” ujarnya,” kata Zulin kepada Gempak.

Dalam pada itu, Chiwan mengambil tanggungjawab atas persembahan mereka yang dilihat agak kurang dari minggu pertama hingga keempat.

“Dalam semua minggu, saya rasa minggu ini yang kami berikan yang terbaik. Kami dapat rasa tenaga kami, semua delivery dengan baik dan seperti yang dirancang.

“Dari minggu pertama sehingga keempat, saya memang sibuk sebab saya ada jelajah. Sabtu dan Ahad pun saya bekerja, masa untuk latihan itu memang kurang.

“Alhamdulillah, minggu kelima ini saya dah tak ada dah jelajah dan saya boleh fokus beri terbaik, latihan yang cukup, persembahan okay,” ujarnya.

Pada minggu kelima MLS4, kumpulan Zuara terselamat daripada penyingkiran manakala kumpulan Putehh yang mendapat ‘standing ovation’ daripada juri menjadi pemenang ‘Gempak Superstar Of The Week’.

Program komedi ini menampilkan gabungan dua figura legenda dalam industri komedi iaitu pelawak Saiful Apek dan Harith Iskander, bersama dengan pelakon wanita popular, Anna Jobling di bangku juri manakala Datuk AC Mizal sebagai pengacara utamanya.

‘Muzikal Lawak Superstar 4’ bersiaran secara langsung dari Pusat Konvensyen CIDB, Cheras, dan turut boleh distrim menerusi On Demand di Astro Ultra/Ulti Box serta aplikasi Astro GO dan sooka untuk pilihan yang fleksibel.

Dapatkan Pek Astro sekarang dengan diskaun 30%* dan pemasangan percuma dari hanya RM41.99/sebulan.

Raikan saat-saat bersama dengan #AstroBaharu – Hiburan kini lebih mantap untuk seisi keluarga. Layari astro.com.my untuk maklumat lanjut.

#Zulin Aziz #Nizam Jentik Jentik #Chiwan #Muzikal Lawak Superstar 4 #Zuara #Kumpulan Zuara
;