Sekilas
- PU Amin menggesa orang ramai supaya tidak menyokong golongan yang menggunakan agama untuk merayu ‘gift’ semasa siaran langsung di TikTok.
- Beliau menegaskan bahawa menggunakan ayat suci dan doa untuk tujuan tersebut adalah salah dan tidak patut dinormalisasikan.
- Netizen turut bersetuju dengan pandangan PU Amin dan berharap amalan merayu ‘gift’ dengan cara sebegitu dihentikan.
Pencetus Ummah (PU) Amin memohon agar semua orang berhenti menyokong golongan yang merayu ‘gift’ ketika membuat siaran langsung (live) di TikTok dengan menggunakan agama.
Menerusi perkongsian di platform Threads, PU Amin menganggap tindakan menggunakan agama Islam dengan meminta ‘gift’ itu adalah salah.
“Jangan sokong geng merayu gift TikTok dengan cara guna jalan agama, baca ayat baca doa mintak gift, kotor betul cara begitu.
“Jangan normalisasikan perkara buruk seperti ini. Nak tahlil kena bagi topi satu. Jauh menyimpang dah ni,” kongsinya.
Rata-rata netizen turut bersetuju dengan kenyataan PU Amin dan berharap golongan tersebut berhenti menagih ‘gift’ dengan menggunakan agama.
“Betul… tak tahu malu betul.
“Sia-sia amalan mengaji, berzikir, berselawat semata-mata nak dapat gift.
“Dah selalu nampak. Tapi saya tak support live begitu. Buang masa,” komen netizen.
Sumber - Threads