Skip to main content

Viral

Netizen Anggap Cara Aslam Jawab Komen ‘Nak Bina Legasi’ Lucu, Ini Respons Tuan Badan - “Saya Sekarang Fokus Pandang…”

IMG 4631

Sekilas

  • Ahmad Aslam, suami pempengaruh Umisya Mazlan dan Marissa Dania Hakim, membalas komen netizen yang mempersoalkan legasi yang sedang dibinanya.
  • Aslam menjelaskan pekerjaan sebagai pemandu e-hailing hanya dilakukan selama enam bulan sebagai sumber pendapatan tambahan dan menegaskan legasi yang dimaksudkan melibatkan perniagaan, pendidikan anak-anak, dan kemajuan hidupnya.
  • Beliau turut mendoakan individu yang mengkritiknya agar cepat bertemu jodoh dan menegaskan fokusnya adalah untuk masa depan, bukan masa lalu.

Seorang individu di Threads mempersoalkan tindakan suami kepada pempengaruh Umisya Mazlan dan Marissa Dania Hakim iaitu Ahmad Aslam membalas komen netizen.


 

Menerusi perkongsian itu, individu tersebut menganggap komen balas Aslam yang mengatakan dia kini sedang membina legasi adalah sesuatu perkara yang lucu.


 

Malah individu itu turut mendakwa Aslam dan isteri pertamanya hanya dikenali disebabkan perkahwinannya dengan anak kepada pelakon Abby Abadi dan Norman Hakim iaitu Marissa.


 

“Kelakar pula jawapan reply Aslam ni, building legacy apa benda la. Kalau tak sebab dia kahwin dengan anak artis kat Thailand, mesti orang tak kenal siapa dia dengan bini pertama dia. Mesti dia masih buat grab lagi,” tulis individu itu.


 

Dalam pada itu, Aslam membalas perkongsian tersebut dengan mendoakan individu berkenaan ditemukan jodoh selain menjelaskan pekerjaan sebagai pemandu e-hailing itu hanya dilakukan selama enam bulan dan ia untuk sumber pendapatan tambahan.


 

“Saya faham Amir single lonely sampai sekarang. Saya doakan jodoh Amir cepat sampai ok. Untuk pengetahuan, saya buat grab driver enam bulan je (2021) tu pun kerja ketiga saya untuk side income je. Sebab saya ni suka isi masa lapang mencari rezeki, bukan create topic macam Amir ni,” katanya.


Sementara itu, Aslam turut menjelaskan legasi yang dimaksudnya melibatkan perniagaan, pendidikan anak-anak dan kemajuan dalam hidupnyq.


 

“Legasi kehidupan, legasi bisnes saya sejak 2020, legasi pendidikan anak-anak, legasi kemajuan hidup. Banyak sangat la Amir kalau nak list kat sini.


 

“Saya ni sekarang fokus pandang ke depan untuk future saya bukan past. Kalau Amir memang jenis pandang belakang tengok past orang, teruskan saja legasi kebelakang Amir tu ok,” jelasnya.

Anda mungkin berminat dengan

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

Tudung Bawal Cotton Bidang 45 NEW COLOUR Bucu Tajam Square Hijab

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

KING Relaxed Football Jersey Unisex in Mountain Blue by PUMA

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

Walking Balloon Animals/Standing Cartoon Toys with Wheels

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

The mini retro gramophone Bluetooth speaker is compact and delicate, making it the top choice for gifts to girls. 复古音响-048

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Uniqlo AIRism Cotton Flare Dress | Long Sleeve

Must Watch Video

Advertisement