Skip to main content

Selebriti

Netizen Dakwa Iman Suhana Guna ‘Kabel’ Jadi Pelakon Drama, Ini Respons Tuan Badan

ASTROGEMPAK Iman Suhana

Sekilas

  • Seorang individu di Threads mempersoalkan penglibatan Iman Suhana dalam sebuah drama dengan dakwaan menggunakan 'kabel'.
  • Iman Suhana menafikan dakwaan tersebut dengan jawapan ringkas bahawa dia tidak menggunakan kabel.
  • Wargamaya ramai mempertahankan Iman sebagai pelakon yang berbakat dan sudah memadam hantaran kontroversi itu.
Advertisement

Hantaran seorang individu di Threads yang mempertikaikan penglibatan pelakon Iman Suhana dalam sebuah drama mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan wargamaya.

 

Advertisement

Menerusi hantaran tersebut, individu tersebut mendakwa Iman memperoleh peluang berlakon kerana menggunakan 'kabel', selain mempersoalkan pemilihannya sebagai pelakon drama.

 

“Tadi mak aku buka drama melayu, aku tertengok dan aku fikir 'minah ni pakai cable apa eh jadi pelakon?' macam dah tak ada minah lain ke drama melayu ni?” tulis individu itu. 

 

Menyedari hantaran tersebut, Iman memilih untuk tidak melatah sebaliknya, aktres itu tampil memberikan respons ringkas dengan menafikan dakwaan tersebut. 

Advertisement

 

“Tak pakai cable pun,” katanya secara ringkas. 

 

Malah rata-rata wargamaya turut mempertahankan Iman dengan mengatakan aktres itu seorang pelakon yang bagus dan juga hebat di pementasan teater. 

 

Bagaimanapun, individu tersebut dipercayai sudah memadam hantaran tersebut. 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Sun Sculpt Matte Liquid Contour

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Maybelline Fit Me Compact Powder – SPF32, 16H Oil Control Face Powder with Matte Finish, Controls Shine Resists Humidity

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

Canmake Marshmallow Finish Powder ~Abloom~

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

TIMEPHORIA Spark 2 in 1 Face Contour Highlighter Cream To Powder Silky Texture Longlasting Waterproof

Must Watch Video

Advertisement