Skip to main content

Viral

Netizen Dakwa Marissa Dania Dah Jumpa Cinta Baru? - “Hensem Daripada Aslam, Memang Sepadan!”

Marissa Dania

Sekilas

  • Marissa Dania Hakim, anak Abby Abadi dan Norman Hakim, dikatakan sedang bercinta dengan model Munir selepas mereka kerap berkongsi hantaran sama di TikTok.
  • Munir menguatkan spekulasi itu dengan memuat naik foto Marissa di Instastory lengkap dengan emoji ‘love’ berwarna putih.
  • Marissa sebelum ini bercerai dengan bekas suami Ahmad Aslam pada 22 Jun dan pernah mengalami keguguran anak pada Ogos 2024.
Advertisement

Dakwaan mengenai anak kepada pelakon Abby Abadi dengan Norman Hakim iaitu Marissa Dania Hakim kini sedang bercinta dengan seorang model mula berterbangan di media sosial sejak beberapa hari lalu. 

 

Advertisement

Spekulasi itu bermula semenjak netizen mula menyedari Marissa dan model yang dikenali sebagai Munir kerap berkongsi semula (repost) hantaran di TikTok yang sama. 

 

Terbaharu, menguatkan lagi spekulasi itu apabila Munir sendiri memuat naik foto Marissa yang juga seorang pempengaruh di Instastory dengan meletakkan emoji ‘love’ berwarna putih. 

Advertisement

 

Foto tersebut juga menjadi perbualan hangat wargamaya di Threads yang rata-ratanya mendakwa Marissa kini sudah mempunyai kekasih hati. 

Malah ada juga wargamaya beranggapan lelaki tersebut mempunyai wajah lebih tampan daripada bekas suami Marissa iaitu Ahmad Aslam. 

 

“Okay sah! Marissa Dania dah ada cinta baru! Hensem daripada Aslam. Memang sepadan! Patutlah burung memilih terbang,” tulis seorang wargamaya. 

 

Terdahulu perkahwinan Marissa dengan Aslam pernah menjadi kontroversi apabila dia memilih untuk menjadi isteri kedua. 

 

Bagaimanapun Marissa dan Aslam disahkan bukan lagi suami isteri pada 22 Jun lalu. 

 

Untuk rekod, Marissa juga pernah mengalami keguguran anak pertamanya ketika usia kandungan sudah mencecah enam bulan pada Ogos 2024. 

Anda mungkin berminat dengan

Skechers Men SKX Street Shadow Stellar 90 Shoes - 183216-GUN Air-Cooled Memory Foam Kasut Sneaker, Lelaki

Skechers Men SKX Street Shadow Stellar 90 Shoes - 183216-GUN Air-Cooled Memory Foam Kasut Sneaker, Lelaki

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

LINEA BAJU KURUNG KEDAH JALUR STRIPE COTTON LINEN

Large Size Women's Clothing, New Collection Spring 2025, Fat Mm Waist Sliding Shirt, European Style, Maillard Shirt Blou

Large Size Women's Clothing, New Collection Spring 2025, Fat Mm Waist Sliding Shirt, European Style, Maillard Shirt Blou

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

Tudung Sarung Moscrepe Sarimah Plain Instant READY STOCK SIZE M L

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

ELGINI E16241 Seluar Kasual Potongan Lurus Wanita S-XXL | Women’s Straight-Cut Casual Pants

Must Watch Video

Advertisement