Skip to main content
Advertisement

Netizen Gali Balik Video Lama Menyanyi, Nabila Razali Pilih Fokus Perbaiki Diri - “Saya Ambil Kelas Vokal & Menari”

bjbjk

Sekilas

  • Nabila Razali tidak ambil pusing video lama yang memaparkan kelemahan vokalnya kerana ia sudah lama tersebar dan dianggap sebagai kenangan masa lalu.
  • Dia menerima kritikan dengan hati terbuka dan terus memperbaiki diri melalui kelas vokal dan menari.
  • Nabila menegaskan dia tidak setuju dengan sikap menghakimi berdasarkan kehidupan peribadi dan mengajak orang luar kurang membuat andaian sendiri.
Advertisement

Penyanyi dan pelakon, Nabila Razali tampil memberikan reaksi susulan isu segelintir netizen yang kembali memuat naik video lama memaparkan kelemahan vokalnya pada awal pembabitan dalam industri seni.

Menurut Nabila atau nama sebenarnya Nur Nabila Mohd Razali, 34, dia memilih untuk tidak mengambil pusing secara berlebihan kerana rakaman berkenaan sememangnya sudah lama tersebar.

Advertisement

“Saya tidak boleh nak komen apa sebab video lama itu memang ada saja. Tiada apa yang baru, perkara itu sudah bertahun lamanya tetapi mereka (netizen) masih kongsi semula.

“Setidaknya ia mengingatkan kembali tentang masa lalu yang pernah berlaku, kalau tidak saya pun lupa. Tak boleh buat apalah. Mungkin mereka pun dah tak ada ‘point’, itu sebab keluarkan balik semua video lama,” katanya kepada Gempak.

Nabila berkongsi perkara tersebut ketika ditemui pada sidang media pelancaran drama siri Viu Original berjudul Sesaat Lebih yang berlangsung di 1 Utama pada Rabu.

Advertisement

Mengulas lanjut, pelantun lagu Pematah Hati itu berkata dia menerima segala kritikan dengan hati terbuka dan menjadikannya sebagai motivasi untuk memperbaiki diri.

“Nak cakap fasal saya menyanyi tak okay atau apa saja, teruskan sebab saya menerimanya dengan hati terbuka sejak dulu lagi.

“Disebabkan itu juga saya mengambil kelas vokal dan kelas menari untuk perbaiki diri. Apa lagi yang boleh saya buat, saya hanya mampu baca komen netizen dan lihat saja,” ujarnya.

Dalam pada itu, Nabila turut menjelaskan kenyataan yang pernah dimuat naiknya di platform Threads sebelum ini yang mencetuskan pelbagai spekulasi dan reaksi negatif.

“Saya tidak menyebelahi sesiapa, kenyataan itu cuma pendapat peribadi yang saya merasakan sangat tidak adil untuk sesiapa pun diadili dengan sebegitu.

“Bila orang menyanyi kita dengar suara, kenapa kita tengok pada kehidupan peribadi mereka pula? Tidak kiralah berlaku kepada penyanyi atau pelakon,” katanya.

Tambahnya, dia kurang bersetuju dengan sikap menghakimi seseorang berdasarkan andaian terhadap kehidupan peribadi.

“Saya tak tahu nak cakap macam mana, tetapi kurang bersetuju dengan tindakan menghakimi itu. Kalau boleh nak nasihat orang luar yang suka buat andaian sendiri berdasarkan kehidupan peribadi orang lain, kurang-kurangkanlah,” katanya lagi.

Sebelum ini, Nabila memuat naik satu hantaran di Threads yang meluahkan rasa kelakar melihat orang ramai menilai kemampuan vokal seseorang bukan berdasarkan suara, sebaliknya melalui kehidupan peribadi.

Bagaimanapun, kenyataan tersebut mengundang rasa tidak puas hati segelintir netizen sehingga mencetuskan cemuhan dan perbandingan terhadap vokalnya yang dianggap kurang memuaskan.

Anda mungkin berminat dengan

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

[Centellian24] Madeca Cream Time Reverse Moisturizer Season7 for Total Anti-Aging Solution 50ml

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

Eucerin Spotless Brightening Booster Serum 30ml | Thiamidol Serum | Anti Dark Spots | Hyperpigmentation Skin

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【New Launch】Glad2Glow White Truffle Radiance Glow Serum Spray 100ml Essence Glossy Deep Hydrating Face Serum Mist

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【Men skincare】Glad2Glow Milk Amino Acid Gentle Men Face Wash Cleanser Oil-Control Deep cleaning/ Pencuci Muka男士洁面 (80ml)

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

【NEW Launch】Glad2Glow FLAWLESS BLURRING SKIN TINT Tinted Moisturizer 12h Long-Lasting

Must Watch Video

Advertisement