Skip to main content

Selebriti

Netizen Geli Dengan Panggilan ‘Dida’, Fazley Yaakob Rasa Terhibur - “Yang Sulung Dulu Pelat, Tak Boleh Sebut…”

Fazley Yaakob

Sekilas

  • Datuk Fazley Yaakob menggunakan panggilan ‘Dida’ untuk anak-anaknya kerana anak sulungnya tidak dapat menyebut ‘Daddy’ atau ‘Papa’ dengan betul ketika kecil.
  • Panggilan ‘Dida’ ini juga digunakan oleh bekas peserta rancangan Talk To My Manager 2, termasuk anak-anak mereka.
  • Fazley menjelaskan panggilan tersebut secara santai dan mengajak orang ramai untuk chill mengenai perkara itu.
Advertisement

Terdapat netizen yang kurang senang dengan panggilan ‘Dida’ yang digunakan cef selebriti dan penyanyi Datuk Fazley Yaakob bila bersama anak-anak. 

 

Advertisement

Menerusi hantaran seorang individu yang berasa ‘geli’ dengan panggilan tersebut malah mendakwa anak kepada usahawan Datuk Seri Vida iaitu Cik B juga berasakan perkara sama. 

 

“Seriously geli aku Dida Dida… I bet Cik B pun geli juga,” tulis individu tersebut. 

Advertisement

 

Membalas komen tersebut, Fazley menjelaskan panggilan tersebut tercipta disebabkan anak sulungnya ketika kecil tidak dapat bertutur dengan cara betul. 

 

“Hahaha lawak la korang. Dida tu panggilan my four kids to me sebab yang sulung dulu pelat. Tak boleh sebut Daddy atau Papa. Yang keluar ‘Dida’ jadi melekatlah panggilan itu kat anak-anak yang lain,” katanya. 

 

Malah penyanyi lagu Asmara Ini itu memberitahu panggilan tersebut juga digunakan oleh semua bekas peserta Talk To My Manager 2. 

 

“Termasuk anak-anak dalam TTMM. Chill guys. Saya dulu Goal Keeper dalam ‘Gila Bola’ satu team dengan Apek,” katanya lagi. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

GRAPHIC Super PUMA Pocket T-Shirt Men in Dusky Gray, L

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

adidas Lifestyle adidas Rekive Tee Men Black HZ0747

PUMA Malaysia City Men's Tee

PUMA Malaysia City Men's Tee

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Football Arsenal 24/25 Third Jersey Men Blue IZ0114

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

Must Watch Video

Advertisement