Network administration
Ben Amir Masih Solo - "Saya Nak Cari Perempuan Yang Boleh Ketepikan Ego"
Status Ben Amir sering menjadi persoalan apabila pelakon kacak ini memilih untuk tidak berkongsi kisah peribadinya kepada umum.
Namun, baru-baru ini Ben mengakui dia masih belum mempunyai teman istimewa biarpun usia sudah memasuki 31 tahun.
Menurut Ben atau nama sebenarnya Muhammad Amir Sabaruddin berkata dia menginginkan wanita yang boleh mengenepikan ego untuk menjadi suri hati dalam kehidupannya.
"Saya nak cari perempuan yang boleh ketepikan ego, ketepikan pandangan sendiri atau yang membolehkan saya mendengar nasihatnya, mungkin dialah wanita yang tepat itu.
"Tapi setakat ini saya tak jumpa siapa-siapa lagi, belum lagi. Saya masih solo," katanya kepada Gempak.
Ben ditemui ketika sidang media drama Diva Popular yang diadakan secara maya pada Rabu.
Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai hubungan dengan aktres dan penyanyi Daiyan Trisha, pelakon drama Sweet Dreams menyatakan mereka sekadar berkawan.
"Kami hanya kawan. Tak ada apa pun," katanya secara ringkas.
Sebelum ini, di media sosial viral foto Ben dan Daiyan keluar bersama menikmati sarapan pagi di sebuah kafe sekitar Damansara.
Must-Watch Video