Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

"Tak Fake! Cantik Anju Bukan Hanya Di Luar Tapi 100 Kali Ganda Dalam Hati" - Peguam Nurul Hafidzah Hassan

Amri Hassan
26/05/2022 07:50 MYT
Peguam popular Nurul Hafidzah Hassan tampil membuat hantaran mengenai teman baiknya yang juga selebriti sensasi Zarina Anjoulie.

Puji Hafidzah, Anju punyai hati yang murni, berbudi bahasa dan sentiasa menyantuni orang di sekelilingnya.

"Dalam banyak-banyak orang yang saya kenali, Anju antara yang paling berbudi bahasa, penuh kasih sayang, tanya khabar setiap hari, cakap benda baik, setiap hari cakap love you.

"Kalau pergi rumah dia, habis semua benda dijamu ke kita. Dibelikan itu ini. Kawan-kawan kita, staf kita sentiasa hargai dan pastikan mereka berbual dan selesa bersa.a Layanan kat pekerja pun macam kawan, keluarga.

"Anju tak pernah ambil kesempatan. Dia sentiasa jadi orang yang berkorban untuk orang lain. Sentiasa percaya orang dan cepat kasihan.

"Saya selalu sedih sebab Anju akan berakhir dengan kecewa bila ramai orang ambil kesempatan dalam kebaikannya. Dia ingat semua orang ikhlas dan baik macam dia," puji Hafidzah.



Memperbetulkan tanggapan segelintir pengguna media sosial, tambah Hafidzah lagi, ramai yang selalu salah anggap tentang sikap sebenar Anju.

"Kadang-kadang apa yang kita nampak tidak semestinya betul. Hanya kerana mungkin dia berkongsi fikirannya seminit di Instagram, kita cop dia macam-macam. Itulah inilah.

"Kita menghakimi tanpa mengenali. Kita gagal menilai setiap kebaikan seseorang terhadap orang lain. Kita lupa buruk kita sendiri. Dan layanan kita dekat orang lain," tambahnya.

Malah, kata Hafidzah, perbezaan ketara personalitinya dan Anju membuatkan mereka lebih akrab sebagai sahabat.

"Kami sangat berbeza. Anju outgoing. Outspoken. Gila-gila. Saya banyak diam. Ketawa. Skema. Boring. Mungkin saya dah tua dan selalu kepenatan dengan kerja saya hari-hari.

"Tapi dia tak pernah jemu berkawan dengan saya sedangkan saya tak pernah buat apa-apa kebaikan to her. Kami sentiasa tak setuju banyak perkara.

"Dia sanggup buat apa sahaja demi persahabatan. Kadang-kadang kene backstab dia serik. Tapi bila dipujuk dia lembut hati lagi. Itulah Anju, kawan tanpa sebab. Tak fake.

"Cantik Anju bukan sahaja di luar tapi 100 kali cantiknya Anju dalam hati," coretnya lagi.

Untuk rekod, Hafidzah pernah mewakili Anju dalam kes perbicaraan membabitkan isu fitnah berhubung bantuan khusus untuk artis tempatan susulan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) beberapa tahun lalu.

Anju memfailkan saman fitnah RM3 juta terhadap rakan seperjuangannya, Amyza Aznan ekoran kontroversi itu.

Malah, Hafidzah pernah mewakili Anju dalam kes saman fitnah dengan selebriti Fara Mendoza.

#Zarina Anjoulie #Peguam #BFF #Puji #Rakan Baik #Nurul Hafidzah Hassan
;