Terkini

Tidak Gah Seperti Dahulu, Suasana ‘Disneyland Malaysia’ Didakwa Suram?

Gempak
21/06/2024
18:55 MYT

Bandar Agacia, atau sinonim dengan julukan 'Disneyland Malaysia' sebelum ini, kini tidak lagi kelihatan gah seperti dahulu.

Suasana pada siang harinya boleh dikatakan agak suram dan kurang pengunjung.

Suram

Kawasan ini pernah menjadi tarikan pelancong disebabkan warna dan struktur bangunannya yang ceria serta menarik perhatian, sehingga mendapat gelaran Disneyland tersebut.

Setiap unit mempunyai perincian yang berbeza dengan tema Inggeris, membuatkan pengunjung seolah-olah berada di bandar Eropah.

ARTIKEL BERKAITAN: Suami Sandra Dewi Kena Tangkap Kes Rasuah, Netizen Ungkit Kahwin Di Disneyland & Beri Anak Jet Peribadi

ARTIKEL BERKAITAN: Nia Ramadhani, Suami Ucap Salam Lebaran Dari Disneyland, Ambil Hikmah Selepas Ditangkap Isu Dadah

Diakui, masih ada beberapa lot kedai yang beroperasi pada waktu tertentu dan difahamkan ada kedai makan yang dibuka pada waktu petang, termasuk pasar malam.

Tinjauan di Bandar Agacia yang terletak kira-kira 2 kilometer dari Taman Bandar Baru dan pekan ini mendapati, lokasi yang berpotensi menarik pengunjung dari dalam dan luar Perak itu tidak rancak dan seakan kosong.
Malah, portal rasmi Majlis Daerah Kampar (MDKpr) turut menyenaraikan lokasi itu sebagai salah satu tempat menarik di daerah ini.

ARTIKEL BERKAITAN: "Plan Asal Lepas Raya Nak Pergi Disneyland Dengan Family, Tapi..." - Tak Jadi Fly Sambut Birthday Anak, Anzalna Mahu Bantu Keluarga Susah

ARTIKEL BERKAITAN: Mimpi Menikah di Disneyland Sandra Dewi Sempat jadi Bahan Tertawaan

Sayangnya, situasi sebenar tidak menggambarkan seperti apa yang dinyatakan.

Mungkin lebih banyak promosi dan program wajar dilakukan di situ, bagi menarik lebih ramai orang untuk bergambar dan melawat bangunan tersebut.
Sebelum ini, netizen turut mempersoalkan keadaan di situ yang dikatakan seperti tidak berpenghuni, ibarat 'bandar hantu'.
Selain itu, ramai yang berpendapat sepatutnya lebih banyak tarikan perlu diwujudkan bagi menarik minat orang ramai untuk berkunjung.
"Bandar dan konsep sudah cantik, tetapi kurang pelancong dari dalam dan luar negeri.
"Hendak hidupkan Bandar Agacia kena ada kendera saji (food truck) waktu malam, kena ada wayang dan tempat boling, baru pengunjung rajin datang," komen netizen berhubung Bandar Agacia.
Diharapkan ada pihak yang dapat membantu melonjakkan kawasan ini sewajarnya dan pihak berkuasa tempatan boleh memainkan peranan dengan lebih mempromosi dan meuar-uarkan lokasi itu kepada umum.
MDKpr dalam keterangan ringkas di portalnya memaklumkan, terdapat unit kedai tiga tingkat yang terdiri daripada tiga deretan bangunan di kawasan itu.

ARTIKEL BERKAITAN: Bestnya, Nabila Razali Sambut Birthday Di Disneyland!

"Fasad bangunan berkonsep Disney dengan kombinasi pelbagai warna pastel. Tarikan utama adalah sebagai lokasi bergambar kerana keunikan bangunan yang ada.

"Kedai makan dan pasar malam setiap Sabtu bermula jam 6 petang di sepanjang jalan di Bandar Agacia," menurut kenyataan itu.

Sumber: Astro Awani

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gaya Hidup

Apakah Yang Dimaksudkan Dengan Stres Oksidatif? Ini Penjelasannya...

gempak
13/07/2024
18:55 MYT
Stres oksidatif boleh menyebabkan pelbagai penyakit jangka panjang (kronik). Menurut Cleveland Clinic, stres oksidatif memainkan peranan dalam penyebab kepada keadaan seperti kanser, penyakit Alzheimer, dan penyakit jantung.
Hiburan

Yuqi (G)I-DLE Dedah Cara Agensi ‘Memaksa’ Dia Dan Pelatih Lain Untuk Turunkan Berat Badan

gempak
13/07/2024
15:55 MYT
Anggota kumpulan (G)I-DLE, Yuqi mendedahkan yang berat badannya tidak lagi mudah untuk naik memandangkan selera makanannya juga semakin berkurang.
Berita

Pemandu E-Hailing Terima Anugerah Berkat Derma Darah Sebanyak 158 Kali

gempak
13/07/2024
14:55 MYT
Berkat menderma darah sebanyak 158 kali membolehkan pemandu e-hailing Kang Eng Tean, 50, menerima anugerah sebagai penderma darah terbanyak di Kelantan.
Viral

Lepas 4 Bulan Pra Perkahwinan, Kos RM700 Juta, Dari Kim K Sampai Mantan Presiden Hadir, Anant Ambani & Radhika Akhirnya Kahwin

gempak
13/07/2024
13:55 MYT
Selepas lebih empat bulan meraikan majlis pra perkahwinan penuh gemilang, akhirnya anak orang terkaya Asia, Anant Ambani dan Radhika Merchant berkahwin.
Berita

Malaysia Sedia Keluarkan Pasport Tempoh Sah Laku 10 Tahun

gempak
13/07/2024
12:55 MYT
Malaysia kini bersedia mengeluarkan pasport untuk tempoh sah laku 10 tahun, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail.