Skip to main content

Selebriti

Nurel Baharin Pilih Untuk ‘Bersih’ Dari Kontroversi, Reda Digelar Juara Dewi Remaja Tapi Tiada Job - “Saya Percaya Pada Rezeki”

Bakar isteri

Sekilas

  • Nurel Baharin, Juara Dewi Remaja 2023, memilih untuk tidak mencetuskan kontroversi demi menjaga imej dan menghormati pihak lain.
  • Dia lebih selesa dikenali melalui hasil kerja dan usaha sendiri tanpa bergantung pada kontroversi untuk populariti.
  • Nurel percaya rezeki dan perjalanan kerjaya setiap individu berbeza, dan dia reda dengan keadaan walaupun pernah kurang menerima tawaran kerja.
Advertisement

Juara Dewi Remaja 2023, Nurel Baharin memilih untuk tidak mencetuskan sebarang kontroversi semata-mata untuk meraih perhatian atau meningkatkan populariti dalam industri hiburan.

Menurut Nurel, dia lebih selesa dikenali menerusi hasil kerja dan usahanya sendiri berbanding terpalit dengan perkara yang boleh menjejaskan imej atau membuka aib mana-mana pihak.

Advertisement

“Saya kalau boleh nak elak kontroversi sebab saya nak buat baik sahaja. Macam mana korang kenal saya tanpa kontroversi, dekat luar pun saya begitu.

“Saya nak jaga imej saya juga. Saya rasa tenang bila tiada yang tahu masalah pengurusan lama saya sebelum ini sebab saya pun nak jaga muka dan aib di pihak sana,” katanya kepada Gempak.

Dalam masa sama, Nurel mengakui dia percaya setiap individu mempunyai rezeki dan perjalanan kerjaya yang berbeza, malah reda apabila pernah dilabel sebagai juara Dewi Remaja yang kurang menerima tawaran kerja.

Advertisement

“Saya percaya dengan rezeki dan tidak mengapalah jika orang cakap saya tak nak buat kontroversi boleh perlahankan karier saya.

“Saya terima sahaja orang kata saya juara tetapi tiada job. Sebelum ini tiada rezeki, mungkin tahun ini lebih dipermudahkan. Saya percaya rezeki saya pada masa hadapan.


 

“Kalau orang lain nak buat kontroversi, teruskan tetapi saya tidak mahu buat. Saya lebih selesa untuk banyakkan berdoa dan tidak mahu rezeki saya datang dari kontroversi,” ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

SHEGLAM Pore Face Primer Poreless Oil-Control

adidas Unisex Fussballliebe League Football Ball accessories (IN9367) Sport Planet R-56

adidas Unisex Fussballliebe League Football Ball accessories (IN9367) Sport Planet R-56

Tulldent Safety Shoes Steel Toe Cap Anti-smashing Anti-piercing Breathable Lightweight in brown

Tulldent Safety Shoes Steel Toe Cap Anti-smashing Anti-piercing Breathable Lightweight in brown

Heal Chocolate Crunch/Fruity Raspberry Breakfast Protein Bar (3 Bars) - Halal Certified

Heal Chocolate Crunch/Fruity Raspberry Breakfast Protein Bar (3 Bars) - Halal Certified

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

YAN@YAN Blouse Muslimah Kain Cotton Sulam

MINYAK BUAH KERAS, MINYAK KEMIRI, 100% NATURAL, SESUAI SEMUA PERINGKAT UMUR, RAWAT GUGUR, ROSAK

MINYAK BUAH KERAS, MINYAK KEMIRI, 100% NATURAL, SESUAI SEMUA PERINGKAT UMUR, RAWAT GUGUR, ROSAK

Must Watch Video

Advertisement