Skip to main content
Advertisement

Paknil Lancar Tabung Bantuan Kilat Buat Anak Amyza Aznan, Bantu Urusan Perubatan & Saraan - “Saya Akan Update Jumlah Kutipan Setiap Hari”

Astro Gempak 480

Sekilas

  • Datuk Aznil Haji Nawawi melancarkan tabung bantuan kilat untuk Adrian Adam, anak pelakon Amyza Aznan, bagi membantu urusan perubatan dan sara hidup remaja tersebut.
  • Aznil mengosongkan akaun peribadinya untuk pengumpulan dana dan akan mengemas kini jumlah kutipan secara harian melalui Instagram Story bagi memastikan ketelusan.
  • Tabung bantuan ini dibuka selama seminggu sehingga 27 Mei, selepas Adrian Adam mendapat perhatian ramai melalui persembahannya dalam program Talk To My Manager 2.
Advertisement

Pengacara terkenal, Datuk Aznil Haji Nawawi tampil melancarkan tabung bantuan kilat buat anak kepada pelakon Amyza Aznan iaitu Adrian Adam bagi membantu urusan perubatan dan sara hidup remaja tersebut.

Menerusi satu perkongsian dalam Threads, Aznil atau mesra disapa Paknil berkata dia sudah mengosongkan akaun peribadinya bagi tujuan pengumpulan dana tersebut.

Advertisement

“Sama seperti Paknil lakukan untuk tabung bantuan Zamani dan Allahyarham Ibnor Riza sebelum ini, Paknil sudah kosongkan akaun peribadi Paknil.

“Segala wang yang masuk ke dalam akaun kosong ini mulai saat ini adalah untuk tujuan perubatan dan saraan Adrian Adam seratus peratus,” katanya.

Tambah Paknil, dia juga akan berkongsi jumlah kutipan terkumpul secara harian menerusi Instagram Story miliknya bagi memastikan proses tersebut berjalan secara telus.

“Paknil akan update di IG Story jumlah kutipan yang terkumpul setiap hari,” ujarnya.

wefrdf

Dalam masa sama, Aznil memaklumkan tabung bantuan tersebut dibuka selama seminggu sehingga 27 Mei ini.

“Dengan lafaz Bismillahirrahmanirrahim, Paknil lancarkan Tabung Bantuan untuk Adrian Adam,” katanya lagi.

Terdahulu, Adrian Adam mencuri perhatian ramai selepas persembahannya dalam program Talk To My Manager 2 tular dalam media sosial sehingga menerima pelbagai reaksi positif daripada netizen.

Sumber: Threads

Anda mungkin berminat dengan

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

JDT Roundneck Tiger Claw 1067 Red

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Spain 26 Home Fan Jersey Men Red JZ5780

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

Puma Men's Box Out Short Sleeve Basketball Tee 1 (Black) 53648701

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

adidas Adicolor Trefoil T-Shirt - Brown

JDT Worldwide 1070

JDT Worldwide 1070

Must Watch Video

Advertisement