Skip to main content

Berita

Pelakon Veteran Ridani Ghani Meninggal Dunia Akibat Kanser Ovari

IMG 6583

Sekilas

  • Pelakon era 1990-an, Ridani Ghani, meninggal dunia pada 29 Jun 2026 selepas melawan kanser ovari.
  • Sahabat baiknya, Yaya Maembong, berkongsi ucapan takziah dan mendoakan roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
  • Jenazah Ridani akan diuruskan di Masjid Bukit Damansara sebelum dikebumikan, meninggalkan kenangan melalui drama seperti Romeo dan Juliet serta Kilauan.
Advertisement

Pelakon Ridani Ghani kembali ke rahmatullah selepas bertarung melawan kanser ovari.

Memetik portal berita tempatan, pelakon era 1990-an itu menghembuskan nafas terakhirnya pada kira-kira 7 pagi ketika sedang menerima rawatan di Hospital Selayang.

Advertisement

Sahabat baiknya, Yaya Maembong berkongsi luahan pilu selepas pemergian Ridani.

"Al-Fatihah buat sahabat kami, Ridani Ghani yang telah kembali ke rahmatullah pada 29 Jun 2026.

"Pergimu meninggalkan seribu kenangan yang akan sentiasa terpahat dalam ingatan. Semoga ALLAH SWT mengampunkan segala dosa arwah, melapangkan kuburnya, menerima segala amal kebaikannya dan menempatkannya dalam kalangan hamba-NYA yang beriman.

Difahamkan, jenazah Allahyarham akan dibawa ke Masjid Bukit Damansara untuk diuruskan sebelum dikebumikan.

Allahyarham yang disahkan menghidap penyakit tersebut pada Oktober pada tahun lalu terdahulu ditidurkan pada Ahad namun, kembali sedar kira-kira empat jam kemudian.

Sekadar info, Ridani yang mempunyai seorang saudara kembar dikenali sebagai Ridana.

Allahyarham sebelum ini memperlahankan kerjaya seni selepas mendirikan rumah tangga pada awal 2006.

Antara drama yang pernah dibintanginya termasuk termasuk Romeo dan Juliet, Kilauan dan siri drama Spektra.

Sumber: Sinar Harian

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Must Watch Video

Advertisement