Sekilas
- Sebuah majlis persandingan bertukar menjadi majlis tahlil selepas pengantin perempuan meninggal dunia sebelum majlis bermula.
- Majlis tetap diteruskan dalam suasana sayu kerana keluarga tidak sempat membatalkan kenduri tersebut.
- Netizen memberikan ucapan takziah dan doa agar roh arwah pengantin perempuan ditempatkan dalam kalangan orang beriman.
Satu majlis persandingan bertukar hiba apabila pengantin perempuan dilaporkan meninggal dunia sebelum majlis bermula.
Menerusi ciapan dibuat seorang lelaki dikenali sebagai @mokhtar.mdnor, majlis tersebut walau bagaimanapun tetap diteruskan dalam keadaan penuh sayu.
Ujar Mokhtar yang juga juruacara bagi majlis tersebut, pihak keluarga tidak sempat membatalkan kenduri berkenaan lalu menukarnya menjadi majlis tahlil buat arwah pengantin perempuan.
“Kenduri malam ini lain sikit, pengantin perempuan tidak sempat melangkah ke pelaminan.
“Allah lebih sayangkan dia. Kenduri tak dapat dibatalkan dan majlis perkahwinan diganti menjadi majlis tahlil,” kongsinya.
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen menitipkan ucapan takziah buat keluarga serta mendoakan agar roh pengantin perempuan ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
“Salam takziah buat keluarga.
“Sedihnya, semoga ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman,” komen netizen.

Sumber: Threads