Skip to main content

Penonton Tak Senang Duduk Karl Jadi Peneman Baharu Sofia, Gelagat Aaron Aziz Curi Tumpuan - “Aku Penat Berlakon, Kau Tak Nak Pula”

Bakar isteri

Sekilas

  • Episod terbaru drama Dendam Seorang Mentua mendapat reaksi kurang senang penonton kerana watak Karl lakonan Datuk Aaron Aziz semakin rapat dengan Sofia.
  • Aaron Aziz berseloroh dalam video tular bahawa dia sudah berusaha keras berlakon tetapi masih belum diterima ramai.
  • Drama ini mengisahkan dendam Sofia selepas dikhianati dan kini bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat di Astro Prima serta boleh distrim di Astro GO dan Sooka.
Advertisement

Episod terbaharu drama Dendam Seorang Mentua kini mencetuskan rasa kurang senang dalam kalangan penonton apabila watak Karl lakonan Datuk Aaron Aziz dilihat semakin rapat dan sering berada di sisi Sofia (Tracie Sinidol).

Situasi itu berlaku selepas kematian Datuk Muzaffar (Yusry Abdul Halim), sekali gus membuatkan ramai peminat masih sukar menerima kehadiran Karl.

Advertisement

Sementara itu, reaksi Aaron turut mencuit hati ramai selepas sebuah potongan video siaran langsung miliknya tular di Threads.

Dalam hantaran tersebut, Aaron berseloroh bahawa dirinya sudah bersusah payah memainkan peranan tersebut sebaiknya, namun masih tidak diterima ramai.

“Karl penat-penat berlakon, kau tak nak pula,” kata Aaron dengan nada gurauan.

Sejak mula ditayangkan, Dendam Seorang Mentua berjaya mencuri perhatian penonton menerusi jalan cerita sarat konflik, emosi dan dendam yang berakar dalam institusi kekeluargaan.

Drama terbitan  Astro itu menampilkan penampilan sulung Tracie Sinidol dalam slot Tiara Astro menerusi watak Sofia, seorang wanita berperwatakan lembut namun menyimpan dendam yang membara.

Turut membintangi naskhah tersebut ialah Chacha Maembong sebagai Harlina dan Hariz Hamdan sebagai Hariz yang menjadi punca kepada konflik besar dalam hidup Sofia.

Drama itu turut menyaksikan gandingan pertama dua bintang terkenal tanah air iaitu Aaron Aziz sebagai Karl dan Yusry Abdul Halim yang membawakan watak Datuk Muzaffar.

Selain itu, Intan Ladyana turut kembali menghiasi kaca televisyen menerusi watak Yasmin yang merupakan orang kanan kepada Datuk Muzaffar.

Mengangkat tema pengkhianatan dan balas dendam, drama tersebut mengisahkan Sofia yang dikhianati kekasih serta sahabat baiknya sehingga dipenjarakan atas jenayah yang tidak dilakukannya.

Selepas dibebaskan, Sofia bangkit membalas dendam dengan mengahwini Datuk Muzaffar, bapa kepada bekas kekasihnya, sekali gus mencetuskan konflik baharu yang lebih rumit.

Dendam Seorang Mentua kini bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat, pukul 6 petang di Astro Prima serta boleh distrim menerusi Astro GO dan Sooka.

Anda mungkin berminat dengan

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

adidas Football Argentina 26 Away Jersey Men Black JM8395

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

ADIDAS TRIONDA SPAIN AWAY CLUB FOOTBALL

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

adidas Football Manchester United 25/26 Third Jersey Men Black KD4225

Rezeki Bersama RM5

Rezeki Bersama RM5

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

PRE-ORDER [RAYA BERSERI] Wardah Colorfit Velvet Powder Foundation SPF33 PA++|Raya Glow,Suci Lebaran

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Bodibreze Luxury Perfume 8 Variants EDP Leona Perfume 30ml / Edith Perfume / Emma Parfum / Phoebe / Alice / Soleil

Must Watch Video

Advertisement