Sekilas
- Petugas media dan penyokong Syed Saddiq yang hadir di Istana Kehakiman Putrajaya menerima kotak makanan berisi nasi lemak dan lempeng sebagai tanda penghargaan.
- Kakak Syed Saddiq, Sharifah Amani, menjelaskan makanan itu adalah sumbangan daripada bekas Menteri Belia dan Sukan tersebut.
- Mahkamah Persekutuan dijangka membuat keputusan rayuan Syed Saddiq berhubung empat pertuduhan berkaitan dana ARMADA hari ini.
Petugas media yang hadir membuat liputan bagi keputusan rayuan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Istana Kehakiman Putrajaya, pada Isnin menerima kotak makanan berisi nasi lemak dan lempeng.
Selain petugas media, makanan itu turut diagihkan kepada penyokong yang hadir bagi memberi sokongan kepada bekas Menteri Belia dan Sukan berkenaan.
Kakak kepada Syed Saddiq, Sharifah Amani Syed Abdul Rahman, berkata makanan yang diedarkan itu adalah sumbangan daripada adiknya sebagai tanda penghargaan kepada pihak yang hadir.
“Makanan ini adalah sumbangan daripada Yang Berhormat,” katanya.
Sebelum ini, Syed Saddiq turut menyediakan juadah kepada petugas media yang membuat liputan prosiding mahkamah membabitkan dirinya sebagai tanda penghargaan atas komitmen menjalankan tugas.
Mahkamah Persekutuan hari ini dijangka menentukan sama ada Syed Saddiq bebas atau sebaliknya di atas empat pertuduhan bersubahat pecah amanah, salah guna harta dan pengubahan wang haram membabitkan
dana Angkatan BERSATU Anak Muda (ARMADA).