Skip to main content

Selebriti

Pil Perancang Tak Berkesan Buat Umisya Mazlan, Akui Sudah Cukup Empat Orang Anak - “Saya Nak Berehat…”

Bakar isteri

Sekilas

  • Umisya Mazlan berkongsi bahawa pil perancang tidak berkesan untuknya dan hanya implanon yang berfungsi sebagai kaedah mencegah kehamilan.
  • Dia menyatakan setiap orang ada pandangan berbeza tentang jumlah anak yang diinginkan, dan dia sudah berpuas hati dengan empat orang anak.
  • Umisya menetapkan sasaran untuk bersalin sebelum umur 30 tahun dan merancang untuk berehat selepas mencapai target tersebut.
Advertisement

Pempengaruh dan usahawan, Umisya Mazlan berkongsi bahawa kaedah mencegah kehamilan seperti pil perancang tidak berkesan pada dirinya.

Menerusi potongan live Tiktok yang dimuat naik oleh seorang pengguna, Umisya mengakui bahawa setiap orang mempunyai pandangan masing-masing dalam menentukan jumlah anak yang diimpikan.

Advertisement

“Pil perancang memang tak berkesan pada saya. Tak tahu la kenapa dengan tahap kesuburan saya. Hanya implanon sahaja berkesan pada saya.

“Ada orang tak suka anak ramai sebab bising. Adik beradik saya tak ramai tetapi Aslam mempunyai adik beradik yang ramai,”tulisnya.

Dalam masa sama, Isteri kepada personaliti media sosial iaitu, Ahmad Aslam itu berkata bahawa dia telah menetapkan sasaran dalam merancang kehamilannya, selain akui sudah berpuas hati dengan jumlah anaknya sekarang.

“Saya sasarkan umur sebelum 30 tahun untuk bersalin. Bila saya dah capai target, saya tutup kejap dan berehat. Cukuplah empat orang sahaja,”ujarnya.

Anda mungkin berminat dengan

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

GJ Jewellery Emas Korea Emas Bangkok 24K Woman Anklet Daun/Jubin Sliver Gold/Gila-gila Love (26cm-27cm) GA-8

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

[REJURAN] Turnover Mask 5 Sheets | Hydration, Skin Renewal, Soothing, Glow

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

1pcs random Sonny Angel HIPPERS - Harvest Series Mini Figure Blind box Cute Hippers decoration Line up?12 types

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

Popia Udang Gulung Dapur Ummi

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

[NEW] Tracey Easy Off-Trail Card Holder With Lanyard Dompet Kad Wanita

Must Watch Video

Advertisement