Skip to main content

Selebriti

Pilih Privasi, Chubb-E Tak Suka Kongsi Hal Peribadi Di Media Sosial - “Alhamdulillah, Aku Tenang Macam Ini…”

ASTROGEMPAK Chubb E

Sekilas

  • Chubb-E lebih selesa menjaga privasi dan tidak berkongsi kehidupan peribadi di media sosial.
  • Dia percaya penggunaan media sosial yang berlebihan boleh menyebabkan seseorang hilang pendirian.
  • Chubb-E memilih untuk menguruskan masalah sendiri dan berasa tenang dengan cara tersebut.

Penyanyi Chubb-E mengakui dia lebih selesa memilih untuk menjaga privasi berbanding berkongsi kehidupan peribadi di media sosial.

 

Chubb atau nama sebenarnya Muhammad Sharul Ashlyn bin Awang Ashrul Affandy berpendapat, penggunaan media sosial secara berlebihan boleh memberi kesan kepada pendirian seseorang.

 

“Saya tak banyak kongsi sebab saya lebih suka berdiam diri dan lebih privasi. Terlalu banyak menggunakan sosial media, boleh membuatkan kita hilang pendirian. 

 

“Sekurang-kurangnya pada pendapat saya. Saya selalu rasa tiada apa yang penting untuk saya tunjukkan kepada orang lain,” kongsinya menerusi hantaran di Threads. 

 

Tambahnya lagi, dia berasa lebih tenang dengan cara tersebut dan memilih untuk menguruskan segala perkara dalam hidupnya secara sendiri tanpa terlalu bergantung kepada orang lain.

 

“Alhamdulillah aku tenang macam ni. Saya biasakan diri untuk menguruskan hal saya sendiri. 

 

“Jika saya mempunyai sesuatu untuk ditangani dengan apa-apa jenis masalah, saya akan menyimpannya sendiri dan sentiasa ingat bahawa dunia tidak berfungsi seperti yang kita mahukan. 

 

“InsyaAllah dipermudahkan kita semua,” katanya lagi. 

 

Sumber - Threads

Anda mungkin berminat dengan

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

HNL Kerepek Pisang Masin / Banana Salted Chips

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

Tealive Bru & Friends - Milk Tea

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Solid Two-Piece Bat Sleeve Vintage Muslim Maxi Dress

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

ZANZEA Women Korean Casual Stripes Drop Shoulder 3/4 Sleeve Blouse

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

YAN@YAN Sut Wanita Gaya Korea

Must Watch Video

Advertisement