PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee; 10 Tahun Bercinta Tapi Masih Tak Ada Tanda Akan Berkahwin
Gempak Spot
19/06/2020
|
15:00 MYT
SOALAN
Kak Gee, masalah saya adalah telah bercinta hampir 10 tahun tapi tiada ke arah perkahwinan.
Yang Benar,
Puteri
JAWAPAN
Hi Puteri, masalah yang anda luahkan kepada Kak Gee memang sangat ringkas, tapi Kak Gee faham dan dapat merasa perasaan yang anda tanggung apabila sudah bercinta 10 tahun namun masih tidak punya arah tuju yang jelas apa lagi melangkah ke gerbang perkahwinan.
Kak Gee percaya sekurang kurangnya usia Puteri sekarang ini sudah sekitar akhir 20an atau awal 30an jika ditolak campur usia 10 tahun percintaan yang dibina.
Jadi nasihat Kak Gee hanya satu. Tinggalkan percintaan ini jika kekasih anda masih belum membuat keputusan menikahi anda. Jangan menanti perkara yang hanya merupakan janji manis dan termakan pujukan setiap kali kalian bertengkar mengenai bila kekasih misalnya akan masuk meminang atau menikahi anda.
Hal ini kerana pada Kak Gee, seorang lelaki, biar kurang berkemampuan pun ia, jika memang benar benar sangat menyayangi dan menghargai seorang wanita yang dilihat mampu menjadi pendamping dan melengkapi hidupnya, dia akan menghalalkan anda secepat yang mungkin.
Kak Gee melihat 10 tahun adalah satu tempoh yang terlalu lama untuk kalian bercinta tanpa arah tuju. Dan misalnya tiba tiba esok lusa si dia mengajak anda bernikah, mungkin sudah tidak ada lagi spark atau hal hal yang extra menyenangkan buat kalian berdua hanya sebab menikah kerana sudah terlalu lama bercinta.
Kak Gee harap Puteri dapat membuat keputusan yang betul dalam kehidupan. Jangan terlarut dengan cinta semata, kerana percintaan sepatutnya hadir dengan kesediaan berkomitmen, tanggungjawab dan saling menghargai.
Pergilah dan bukalah hati berkenalan dengan orang lain. Bukan untuk curang tetapi kadang kala kita 'dibutakan' oleh cinta yang sebenarnya ada jodoh lain yang sebenar sudah menanti kita.
Jika anda sudah berusia, jangan buang masa menanti. Anda tidak lagi makin muda. Ini bukan soal tak setia, tetapi inilah masanya anda membuat keputusan besar yang tidak akan pernah anda lupakan seumur hidup.
Okay Puteri, Kak Gee doakan yang terbaik dalam percintaan anda.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Itu kisah Puteri, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?
Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.
Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.
Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!
Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!