Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Ambil Masa 3 Tahun Nak Move On... Akhirnya, Cinta Lama Muncul Kembali

Kak Gee 24/07/2020 | 10:06 MYT
SOALAN:
Salam Kak Gee, saya Zul. Saya pernah menjalin hubungan cinta dengan seorang gadis bernama Sya pada tahun 2015.
Selepas dua tahun, hubungan cinta yang dibina terlerai kerana ibu Sya tidak merestui cinta kami.
Saya ambil masa tiga tahun nak move on dari Sya. Sejujurnya, sukar untuk saya lupakan Sya.
Biarpun hati saya meronta, saya ambil pendekatan untuk tidak ambil tahu langsung pasal Sya.
Sukar untuk saya lupakan Sya kerana dia cinta pertama saya.
Akhirnya, pada awal tahun ini, saya rasakan saya dapat betul-betul membuang Sya dalam hati saya.
Saya langsung tak memikirkan mengenai Sya dan memori manis antara kami pun telah saya buang jauh-jauh kerana telah dapat menerima hakikat yang dia bukan milik saya.
Saya rasa lebih tenang dan jiwa saya semakin tenteram.
Pada awal bulan ini, saya sungguh terkejut apabila mendapat tahu yang Sya kini bekerja satu pejabat dengan saya.
Biarpun berlainan jabatan, pasti kami akan terserempak di pantry atau di lif.
Saya tak kisah sangat tapi saya rasakan dia macam mahu kembali kepada saya.
Setiap kali berselisih, saya hanya melemparkan senyuman tawar, manakala dia cuba untuk memulakan perbualan dengan saya.
Dia mahu mengajak saya keluar makan tengah hari dan melepak selepas waktu kerja.
Baru-baru ini, Sya semakin berani kerana dia memberitahu yang dia rindu dengan segala kenangan manis yang pernah kami cipta.
Saya tak tahulah apa yang patut saya rasa sekarang ni Kak Gee...
Sejujurnya, saya dah melupakan Sya tapi dia seakan mahu kembali.
Saya hargai kenangan manis yang pernah kami cipta dahulu tetapi kini, ia hanya tinggal memori.
Apa yang perlu saya lakukan?
JAWAPAN
Salam Zul. Kak Gee harap Zul sihat sentiasa.
Bukan mudah untuk kita melupakan orang yang kita sayang, lagi-lagi apabila dia langsung tidak membuat salah kepada kita.
Kak Gee faham, Zul melalui pengalaman cinta yang terhalang dek kerana ibu bekas kekasih Zul, bukannya dia curang atau tinggalkan Zul kerana lelaki lain.
Bagi Kak Gee, Zul harus tanya hati Zul sendiri.
Sekiranya masih ada secebis rasa sayang terhadap Sya dalam hati Zul dan ibu Sya juga tidak mempunyai halangan terhadap hubungan kalian, tiada salahnya untuk kembali menjalin cinta.
Tapi, jika Zul benar-benar tidak mempunyai sebarang rasa terhadap Sya, berterus teranglah kepadanya.
Bukan mudah untuk move on, pastinya sukar tapi kadang-kadang situasi itu membuatkan kita lebih kuat.
Kak Gee harap Zul dapat bertemu dengan kebahagiaan sebenar yang Zul cari.
Itu kisah Zul, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
#Move On #PM Tepi Kak Gee
;