PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: “Asyik Menyusahkan Keluarga” - Gadis Penat Sepupu Asyik Tumpang Makan
Soalan:
Hi Kak Gee.Saya Anna dari Kuala Lumpur. Saya ni nak dikatakan pandai bicara dah tentula tak. Jadi untuk meluahkan masalah tu maybe boleh. Kak Gee, saya tinggal bersama family di Kuala Lumpur dan sepupu belah ibu tinggal berdekatan. Sepupu sebelah ibu selalu menyusahkan kami Kak Gee. Mereka selalu datang ke rumah kami dan buat rumah kami seperti rumah sendiri. Ibu bapa saya sudah memberi amaran kepada mereka tapi mereka hanya buat tak peduli je.
Saya penat Kak Gee. Ayah saya balik dari kerja untuk mencari makan untuk kami sekeluarga tapi sepupu saya ni suka makan di rumah kami hanya kerana alasan makanan rumah kami adalah mewah. Untuk pengetahuan Kak Gee sepupu saya juga ada menjaga anak orang, tapi setiap kali budak yang diasuh datang ke rumah saya, budak itu akan masuk ke bilik saya dan menghancurkan harta benda dalam bilik saya Kak Gee. Saya nak pukul pun tak nak sebab fikir budak lagi. Tapi apakan daya kang kalau marah budak tu makcik saya akan marah saya pula.
Itu sajala luahan dari saya.sebenarnya ada panjang lagi tapi saya akan susun cerita agar senang nak luahkan kepada Kak Gee. Terima kasih kerana mendengar luahan saya ni Kak Gee.
Anna
Jawapan:
Hi Anna. Kak Gee harap Anna dan keluarga sihat-sihat sentiasa.
Kak Gee faham perasaan Anna dan keluarga. Biasalah bila orang datang asyik nak menumpang apa yang kita masak. Kadangkala letih juga, tapi kita boleh lihat perkara ini dengan dari beberapa sudut.
Yang pertama, ibu dan ayah Anna perlu duduk berbincang dengan sepupu Anna tentang apa yang berlaku. Mereka boleh menasihati sepupu Anna supaya tidak selalu datang ke rumah dan boleh menetapkan bila dan ketika dia boleh mengunjungi rumah keluarga Anna. Berbincang dengan baik kerana dia juga ahli keluarga terdekat dengan keluarga Anna.
Anna juga boleh mengunci pintu bilik Anna agar kanak-kanak yang diuruskan oleh sepupu Anna tidak memasuki bilik Anna ketika Anna tiada di rumah. Dengan cara itu, tidak ada sesiapa yang boleh mengganggu bilik Anna.
Anna juga boleh melihatnya dari sudut berkongsi rezeki. Mungkin keluarga sepupu Anna menghadapi masalah kewangan dan menggunakan alasan makan mewah di rumah Anna sebagai jalan penyelesaian untuk keluarganya. Apa-apa pun, cara yang terbaik adalah untuk ayah dan ibu Anna berbincang dengan mereka. Mungkin hari ini kita tolong mereka, mana tahu di masa hadapan mereka pula akan membantu kita. Macam yang Kak Gee katakan, lebih baik perkara ini dibawa berbincang.
Kak Gee harap Anna berpuas hati dengan jawapan Kak Gee. Salam sayang daripada Kak Gee!
Itu kisah Anna, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?
Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.
Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.
Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!
Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video