PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: “Bantu Saya Kak Gee, Macam Mana Nak Atasi” - Pemuda Pemalu Ingin Lebih Berani

gempak
Kak Gee
02/06/2020
14:45 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee: “Bantu Saya Kak Gee, Macam Mana Nak Atasi” - Pemuda Pemalu Ingin Lebih Berani
Soalan:
Hello Kak Gee, panggil saya Dudung. Saya ini adalah seorang pelajar. Kita tahu bahawa manusia ni mempunyai sikap berbeza-beza. Saya mempunyai sikap seorang yang pemalu dan juga pendiam.
Mungkin masalah saya tidak sebesar masalah orang lain. Saya benar-benar ingin tahu cara untuk atasi sikap saya tu agar saya lebih berani dan pandai bercakap lebih spontan. Terima kasih Kak Gee.
Yang pemalu, Dudung
Jawapan:
Hai Dudung. Pertama sekali, Kak Gee nak bagi tepukan pada Dudung kerana Dudung berani untuk menulis masalah Dudung pada Kak Gee. Itu sudah menunjukkan bahawa memang ada keberanian di dalam diri Dudung.
Sifat pemalu itu bagus, tapi kalau terlalu malu, susah juga. Sebagai seorang pelajar, Kak Gee mahu Dudung cari teman-teman yang memahami Dudung dan boleh dibawa berbincang. Dari situ, Dudung mulakan bercakap apa sahaja dengan rakan-rakan Dudung untuk mengurangkan rasa malu.
‘Practice makes perfect’ kata pepatah Inggeris. Bila kita kerap berbicara dengan orang lain, sedikit demi sedikit perasaan malu untuk meluahkan pendapat itu akan hilang perlahan-lahan.
Begitu juga untuk menjadi spontan. Kak Gee banyak membaca, menonton TV, melihat rencana dan berita. Pengetahuan yang kita dapat apabila kita sering mengikuti perkembangan semasa akan membuatkan kita mudah berbicara secara spontan. Malay, pengetahuan am kita juga semakin banyak, maksud perkataan dan ayat juga akan lebih mudah kita fahami kerana kita sudah membiasakan diri.
Jadi untuk menjadi spontan, Dudung haruslah lebih banyak membaca, mengikuti berita berita dan peredaran semasa. Jadikan ia satu hobi untuk membaca satu artikel setiap hari. Juga menonton rancangan-rancangan TV yang memberi manfaat. Kak Gee pasti, sekejap sahaja Dudung akan lebih terbuka dan spontan bersama kawan-kawan.
Salam sayang daripada Kak Gee!
Itu kisah Dudung, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?
Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024