PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee : Baru Mula Kerja Dah Berhutang Dengan Ah Long? Pemuda Ini Terpaksa 'Berputih Mata'

gempak
Kak Gee
27/06/2020
08:16 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee : Baru Mula Kerja Dah Berhutang Dengan Ah Long? Pemuda Ini Terpaksa 'Berputih Mata'

Soalan:

Salam Kak Gee, saya Ron berusia 22 tahun dan baru saja berkerja di Kuala Lumpur.
Saya tak ramai kawan, jadi geng tempat kerja kilang je lah kawan yang saya ada.
Nak jadikan cerita saya sudah terpengaruh dengan kawan untuk sama-sama pinjam duit dari Ah Long.
Hampir RM10,000 juga.
Saya pun tak tahu kenapa saya pinjam dan ikut je apa yang kawan buat.
Now, kad ATM saya dah pun kena tarik Kak Gee, setiap kali gaji diorang akan ambil.
Tinggal berapa je duit saya. Ya Allah, menyesalnya saya tak tenang dibuatnya.
Apa saya nak buat ni Kak Gee?

Jawapan:

Waalaikumsalam Ron, terima kasih kerana #PMTepiKakGee
Agak silap langkah sebenarnya apabila Ron dengan sengaja membuat pinjaman berkenaan. Selalunya orang pinjam Ah Long ini apabila betul-betul terdesak.
Namun nasi pun sudah jadi bubur, apa yang Ron perlu lakukan adalah memastikann sama ada pinjaman dibuat menerusi Ah Long, ceti atau syarikat pinjaman wang berlesen.
Jika syarikat pinjaman wang berlesen mungkin kebimbangan itu kurang sedikit dengan pinjaman Ah Long.
Ini kerana ada yang berpendapat syarikat ini lebih selamat berbanding yang lain.
Namun jika sebaliknya, Kak Gee rasa Ron perlu bersabar sedikit dengan cara mereka. Jangan sesekali culas membayar.
Jika tidak dapat mengawal keadaan, saluran yang Ron boleh dapat khidmat nasihat dan bantuan adalah Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM).
Mereka sudah banyak menyelesaikan masalah pengguna termasuklah berkaitan pinjaman Ah Long.
Itu kisah Girl, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?
Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.
Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.
Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu.
Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!
Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live