PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: “Bekas Kekasih Masih Ganggu Saya”
Soalan:
Salam Kak Gee. Saya ada masalah dengan bekas kekasih saya. Saya dah lupakan dia tapi dia masih perasan yang saya masih inginkan dia. Saya serabut bila dia suruh saya jangan kacau hidup dia lagi, padahal saya dah lupakan dia.
Tapi dia jenis tak faham bahasa, dah lah perasan, syok sendiri pulak tu. Lepas tu ‘play victim’. Dia jadi macam tu lepas putus dengan awek baru dia, lepas tu serang saya kata saya yang jadi punca.
Tolong saya Kak Gee, saya tak tahan dengan gangguan dia lagi.
Anon
Jawapan:
Waalaikumussalam Anon. Kak Gee rasa ini bukan masalah Anon yang tak dapat lupakan bekas kekasih, tetapi sebenarnya dia yang tak dapat lupakan Anon.
Sebenarnya tak susah pun untuk mengelakkan diri daripada dia. Apa yang Anon perlu buat adalah buangkan dan ‘block’ dia daripada mwnghubungi Anon, tidak kiralah melalui telefon, Whatsapp ataupun media sosial.
Dengan cara itu, Anon dapat buktikan pada dia yang Anon tidak mahu ada apa-apa lagi dengan dia. Jangan biar dia ganggu hidup Anon yang sudah melupakan dia. Alasan dia kerana Anon hubungannya dengan bekas kekasihnya putus tidak masuk akal. Jangan salahkan diri Anon.
Ramai lagi lelaki yang setia di luar sana. Jangan ‘settle for less’. Pastikan lelaki tersebut memghargai diri Anon dan menghormati Anon sebagai teman wanitanya. Kak Gee tahu Anon akan bertemu dengan lelaki yang baik untuk Anon suatu hari nanti.
Salam sayang daripada Kak Gee!
Itu kisah Anon, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?
Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.
Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.
Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!
Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video