#PMTepiKakGee : Berebut Cuti Sampai Masam Muka, Pemuda Tertekan Rakan Kerja ‘Selfish’
Kak Gee
15/09/2020 09:56 MYT
15/09/2020 09:56 MYT
Soalan:
Salam Kak Gee, boleh panggil saya Tiara je.
Saya dah lama nak luahkan benda ni dan harapkan Kak Gee siarkan ya.
Saya dah tak tahan dengan perangai rakan kerja saya ni asyik bercuti je kerjanya.
Saya faham cuti itu hak masing-masing tapi biarlah ada timbang rasa dekat rakan sekerja lain.
Saya nak luahkan pada boss tapi takkanlah benda macam ni pun mereka nak fikirkan pula kan?
Macam mana ni Kak Gee? Setiap tahun isu ini mesti timbul.
Jawapan:
Hi Tiara, terima kasih kerana sudi #PMTepi KakGee.
Pertama sekali Kak Gee faham sangat isu cuti ni, ye lah Kak Gee sendiri ada masalah begitu.
Namun, isu ini sebenarnya boleh diselesaikan dengan perancangan awal.
Disebabkan cuti itu memang hak pekerja masing-masing maka anda perlu lah rancang lebih awal.
Tidak mengapa, biarkan saja rakan Tiara tu apply cuti, mungkin itu masanya meluangkan masa bersama keluarga.
Next time, giliran Tiara pula.
Jika ada kecemasan atau hal penting, maklumkan saja pada pihak atasan atah boss Tiara ya.
Jangan sampai bergaduh-gaduh disebabkan cuti.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!