PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: “Beza Umur Kami 12 Tahun” - Pemuda Tertekan Dengan Tentangan Keluarga
Soalan:
Assalamualaikum Kak Gee. Adakah salah untuk menjalani hubungan cinta dengan perempuan yang lebih berusia? Saya umur 24 dan dia 36. Jarak umur kami 12 tahun. Kami berkawan dan rapat hampir 2 tahun. Syukur pada Tuhan hubungan kami berdua baik. Tapi ada satu masalah bermain fikiran di dalam minda. Kekangan keluarga belah saya.
Mereka anggap dia tu terlalu tua untuk saya dan saya agak stress sebab fikir benda ni dan kawan saya ni seakan-akan mengelak dengan saya dan saya sedar perkara tu. Soalan saya, adakah benda ni normal dalam sebuah hubungan sebelum mendirikan rumah tangga? Terima kasih.
Yang benar, S
Jawapan:
Waalaikumussalam S. Kak Gee harap S sihat-sihat sentiasa. Bercinta dengan wanita yang lebih berusia bukanlah perkara yang pelik dan bukannya luar biasa. Pokok pangkalnya adalah keinginan untuk menghalalkan hubungan menjadi satu yang kekal dalam alam berumah tangga.
Mungkin usia 24 tahun dianggap agak muda oleh keluarga S untuk berumah tangga. Kak Gee yakin jika S bersungguh-sungguh dan ikhlas dalam hal ini, lambat laun keluarga S dapat menerima menantu walaupun jarak usianya berbeza 12 tahun.
Pada Kak Gee, normal itu membosankan. Kalau kawan-kawan S tidak boleh menerima pilihan S, itu masalah mereka dan bukan masalah S. Jika mereka teman yang baik, pastinya mereka akan menyokong dan berada di sisi S ketika S memerlukan mereka. Bagi mereka peluang untuk mengenali pasangan S supaya mereka juga faham kenapa dia istimewa di mata S.
Begitu juga dengan keluarga S. Mereka hanya mahukan yang terbaik untuk kehidupan S dan jika S mampu membuktikan kepada mereka pilihan S adalah jodoh yang terbaik untuk S, tidak mustahil mereka juga akan menerima si dia dengan tangan terbuka.
Dalam setiap hubungan, kita harus ‘bekerja’ untuk memastikan hubungan kita dengan pasangan sentiasa bahagia. Pantai mana yang tidak dilanda ombak, begitu juga dengan setiap perhubungan. Jadi pastikan sentiasa berkomunikasi dengam baik bersama pasangan, ahli keluarga dan sahabat handai.
Bila nak makan nasi minyak nanti, jangan lupa jemput Kak Gee ya. Salam sayang daripada Kak Gee!
Itu kisah S, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video