PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee; Cemburu dengan Kawan Baik, Patut Atau Tidak Teruskan Bersahabat?
SOALAN
Saya pernah ada problem dengan bestfriend saya. Trust issue, lama jugak dalam dua tahun, dah berbaik balik cuma, tak serapat dulu.
Sekarang saya nak rapat macam dulu tapi saya rasa macam tak boleh terima baik buruk dia, tapi saya still nak kawan dengan dia. Saya sayang relationship kami.
Cuma saya banyak jealous dengan dia, tapi kadang kadang dia macam selfish.
Boleh Kak Gee bagi penyelesaian apa patut saya buat untuk jadi serapat dulu dan terima baik buruk dia?
Yang Benar,
Rina
JAWAPAN
Hi Rina, terima kasih sebab beri kepercayaan kepada Kak Gee untuk bantu beri nasihat menyelesaikan dilema yang anda hadapi.
Pertamanya, dalam hidup kita ni memang perlu berkawan. Memiliki kawan baik adalah satu bonus, apa lagi dapat kawan yang selalu menyokong dan ada dengan kita di saat susah senang.
Soal berselisih faham atau bergaduh juga ada rasa kecil hati dengan kawan baik itu juga Kak Gee anggap sebagai satu perkara biasa, asam garam dalam hubungan persahabatan.
Tapi yang penting adalah bagaimana cara kita menyelesaikan dan menerima baik buruk juga kurang dan lebih kawan baik kita, seperti mana dia menerima kita seadanya.
Rina, walaupun memiliki beragam emosi itu lumrah manusia, tapi anda tak seharusnya punya rasa cemburu terhadap kawan baik anda sendiri. Jadi apakah matlamat kalian berkawan baik?
Adakah untuk saling menyakiti (hati), saling berlumba lumba atau saling merendahkan satu sama lain untuk menjadi lebih baik dari satu sama lain?
Jadi apa yang perlu anda lakukan sekarang adalah luruskan niat hati saat berkawan. Berdamai dengan hati dan diri anda sendiri dan menerima seadanya sikap kawan baik anda.
Jika dia selfish, itu adalah sikapnya sebab setiap orang mempunyai sikap masing masing. Kalau Rina boleh bertahan dengan sikap selfish atau buruknya yang lain, teruskan berkawan baik.
Tetapi jika anda rasa semakin hari semakin meluat dan kuat rasa cemburu terhadapnya, Kak Gee nasihatkan agar kendurkan tali persahabatan yang akrab itu. Sebab pada akhirnya ia akan memakan diri anda sendiri kerana kawan baik mungkin tak tahu perasaan anda yang cemburu kepadanya, jadi dia tetap menjadi diri sendiri.
Anda pula? Kenapa mahu makan hati dan rasa cemburu pada kawan baik sendiri? Jawapannya hanya ada pada anda sendiri.
Buat Rina, Kak Gee doakan anda mampu berdamai dengan diri sendiri. Bila kita berkawan, mesti ikhlas dan jika ada persaingan, biarlah ia sebuah persaingan yang sihat dan jangan bunuh persahabatan yang baik hanya kerana kita gagal mengawal perasaan sendiri.
Jaga diri ya Rina, semoga persahabatan anda dan kawan baik semakin pulih dan menjadi lebih matang seiring kalian lebih saling bertoleransi dan menghargai kekurangan juga kelebihan satu sama lain.
Itu kisah Rina, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?
Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.
Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.
Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!
Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!