#PMTepiKakGee : Cemburu Rakan Lebih Cepat Langsing, Benarkah Gemuk Air & Angin Punca?
Soalan:
Salam Kak Gee, saya Nurul bukan nama sebenar.
Kalau Kak Gee nak tahu saya mempunyai masalah berat badan yang amat ketara.
Begitu juga rakan saya ni. Kisahnya kami memang buat keputusan untuk bersenam sama, diet sama.
Tapi masalahnya selepas sebulan lebih kami berusaha, hanya berat badan dia saja yang turun.
Saya turun tapi sangat sedikit ye Kak Gee.
Tolonglah, adakah saya gemuk air atau gemuk jenis lain?
Jawapan:
Hi Nurul terima kasih kerana sudi #PMTepi KakGee.
Pertama sekali Kak Gee nasihat supaya Nurul terlebih dahulu belajar mengenai ilmu untuk menurunkan berat badan.
Bagaimana kawalan gula, senaman yang betul atau kadar kolestrol yang diperuntukkan sehari.
Setiap individu mungkin berbeza-beza mengikut saiz tubuh badan.
Cuma apa yang Kak Gee nak tekankan adalah jenis gemuk sama ada air, angin atau toksin adalah mitos semata-mata.
Perkara ini didedahkan oleh seorang pakar pemakanan, Fizah Sobri tampil berkongsi fakta mengenai mitos ini tersebut menerusi satu posting di Facebooknya.
Menurut Fizah, dalam badan 45-55 peratus adalah dari cecair iaitu darah, air dalam sel, air liur dan lain lain.
Namun ia bukan air kosong seperti yang kita minum seharian.
"Kalau anda minum air lebih, badan anda tidak akan menyerap air yang banyak tu tapi dikeluarkan melalui air kencing.
"Jika anda sakit buang pinggang baru anda akan gemuk air sebab organ tersebut tak mampu nak membuang air berlebihan," katanya.
Selain itu, menurut pakar pemakanan ini, apabila seseorang itu makan sesetengah jenis makanan, badan akan meningkatkan penghasilan angin dalam bentuk kentut atau sendawa.
Namun, mustahil angin tersebut untuk memasuki celah kulit atau organ.
Pokok pangkalnya cuba dapatkan maklumat penting ini terlebih dahulu sebelum memulakan diet atau senaman.
Teruskan berusaha okay!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!