PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: “Dah Banyak Apply Tak Dapat, Kawan Lain Ada Je Rezeki” - Gadis Tak Dapat Kerja Kerajaan
Soalan:
Assalamualaikum Kak Gee. Saya nak kongsi bahawa rezeki saya untuk dapat kerja kerajaan asyik tak ada je. Dah banyak apply tapi satu pun tak sangkut. Kawan-kawan saya ada je rezeki mereka. Kenapalah susah sangat rezeki nak ada dekat saya.
Zainah
Jawapan:
Waalaikumussalam Zainah. Harap-harap Zainah sihat dan gembira selalu. Kak Gee tahu bukan mudah untuk dapat kerja kerajaan sebab suatu ketika dulu Kak Gee pun cuba juga untuk memohon. Mungkin bukan rezeki Kak Gee di situ.
Kak Gee faham bila keinginan kita terlalu kuat untuk bekerja dengan satu pihak, kita akan rasa lebih gagal bila kita tidak mendapat pekerjaan tersebut. Pada Kak Gee, mungkin belum rezeki Zainah untuk bekerja dengan kerajaan.
Perkara penting untuk Zainah ketahui adalah bidang kerja yang Zainah pohon itu adakah bersesuaian dengan kelulusan yang Zainah ada. Segelintir orang memohon jawatan yang berlainan daripada bidang pengajian dan perkara itu mungkin menyukarkan pihak yang mengambil pekerja untuk membuat keputusan, apatah lagi jika ada orang lain yang mempunyai kelayakan seperti yang mereka kehendaki.
Kak Gee harap Zainah jangan cepat berasa putus asa kerana Kak Gee ingin berkongsi 10 tips yang mungkin Zainah boleh gunapakai pada suatu ketika nanti apabila Zainah berjaya dipanggil untuk temuduga.
1. Berpakaian kemas
2. Masuk dengan sopan (ucap salam dan selamat sejahtera)
3. Jangan terlalu gemuruh
4. Jawap setiap soalan dengan baik dan sopan
5. Elakkan dari stress
6. Membaca maklumat berkaitan dengan jawatan yang dipohon
7. Peka dengan isu semasa yang berlaku terutamanya di Malaysia dan secara amnya di dunia
8. Minta restu ibu dan ayah (penting)
9. Tidur dan bangun awal
10. Berdoa dan bertawal (sangat penting)
Kak Gee harap dan berdoa semoga satu hari nanti akan tiba rezeki Zainah untuk dapat bekerja dengan kerajaan seperti yang Zainah inginkan. Sehingga tiba saat itu, sentiasalah berdoa kepada Allah SWT untuk memohon kepada-Nya kerana Dialah Pemberi Rezeki. Salam sayang daripada Kak Gee!
Itu kisah Zainah, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!