PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: "Dah Kerja Balik Dari Rumah Ni, Badan Makin Kembang... Susahnya!"

gempak
Kak Gee
17/11/2020
15:05 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee: "Dah Kerja Balik Dari Rumah Ni, Badan Makin Kembang... Susahnya!"
Soalan:
Salam Kak Gee. Nama saya Yuni dan saya nak turunkan berat badan saya ni. Saya ada masalah berat badan berlebihan tapi yang menjadi lebih bermasalah, payudara saya besar dan menyebabkan terganggu kalau nak buat senaman semua.
Saya dah pakai sport-bra yang sesuai pun masih goyang, jadi saya tak yakin kalau nak buat senaman lari jogging semua. Regangan kat rumah rumah pun biasa-biasa saja. Itu pun masih terganggu. Tolong saya Kak Gee!
Yuni
Jawapan:
Waalaikumussalam Yuni! Kak Gee sedikit teruja untuk memberikan nasihat pada masalah yang Yuni hadapi. Sebagai seorang wanita, kita patut bangga dengan anugerah yang kita ada. Tetapi masalah berat badan sering dikaitkan dengan pelbagai penyakit dan Kak Gee gembira Yuni mahu berusaha untuk menjaga kesihatan diri.
Tentang payudara yang besar, Kak Gee rasa itu bukan masalah yang patut Yuni rasa malu dengan diri Yuni. Itu satu aset anugerah Tuhan buat Yuni. Mungkin Yuni rasa ianya mengganggu Yuni untuk bersenam, tetapi selagi ianya tidak memudaratkan, Kak Gee rasa tidak ada masalah.
Jika Yuni mempunyai perasaan rendah diri untuk bersenam di hadapan orang lain seperti berjogging, Kak Gee sarankan Yuni mulakan di rumah. Ada ramai pakar pelatih secara online yang boleh Yuni ikuti untuk menurunkan berat badan. Malah, ada juga pakar nutrisi yang boleh membantu tentang soal pemakanan.
Tetapi jika Yuni berasakan saiz payudara Yuni memudaratkan, Kak Gee sarankan supaya Yuni mendapat nasihat doktor untuk mengetahui cara yang terbaik kerana apabila ianya berkaitan dengan masalah kesihatan, Kak Gee rasa Yuni perlu rujuk kepada mereka yang pakar.
Apa-apapun, Kak Gee puji Yuni kerana ingin menurunkan berat badan demi menjaga kesihatan diri. Teruskan usaha Yuni itu. Salam sayang daripada Kak Gee!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024