Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee : “Demam Sikit Covid, Batuk Sikit Pun Covid” - Pemuda Tertekan Rakan Terlalu Paranoid

Kak Gee 28/04/2021 | 14:24 MYT

Soalan:

Salam Kak Gee, boleh panggil saya Jiwa je.

Macam kena pula dengan nama tu sebab saya rasa macam tengah sakit jiwa sekarang ni.

Yer, Malaysia sekarang tengah cemas dengan kes Covid-19 yang semakin meningkat.

Tapi janganlah semua benda nak kaitkan dengan Covid.

Kawan serumah saya ni terlalu paranoid, bila demam sikit je disangka Covid, batuk pun sama.

Lepas tu dia buat saya sekali cuak, katanya semua simtom ada, padahal dia tak ada kontak rapat pun sebab kami masih kerja dari rumah.

Macam mana ni Kak Gee? Nak nasihat apa?

Jawapan:

Hi Jiwa terima kasih kerana PMTepiKakGee.

Kak Gee faham sekarang semua takut dengan kes Covid-19, tapi janganlah panik tak tentu pasal.

Apa yang Jiwa boleh buat adalah meminta rakan untuk melakukan saringan atau swab test.

Itupun jika dia terlalu paranoid dengan simptom demam.

Namun begitu, Kak Gee yakin, pegawai kesihatan selalunya akan bertanya sekiranya rakan Jiwa itu mempunyai kontak rapat dengan pesakit Covid atau tidak.

Ataupun, pernah atau berdekatan dengan individu yang pulang daripada Sabah.

Bagi Kak Gee jika tiada, boleh saja pergi ke klinik biasa kerana adalah normal untuk kita demam dan batuk.

Cuma bila waktu Covid ni semua takut dan cuak.

Apapun kekalkan social distancing dan keraplah membasuh tangan.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!

#Covid19 #PMTepiKakGee
;