PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee; Diam Diam Suami Menikah Dengan Kekasih Lama 5 Tahun Lalu

gempak
Kak Gee
22/09/2020
15:00 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee; Diam Diam Suami Menikah Dengan Kekasih Lama 5 Tahun Lalu
SOALAN
Salam Kak Gee, saya seorang isteri dengan empat orang anak. Saya sudah menikah dengan suami lebih 12 tahun lamanya.
Namun hanya baru baru saya tahu saya telah dimadukan oleh suami. Bukan baru setahun dua, tapi sudah masuk lima tahun dan mereka juga sudah punya dua anak sejak menikah. Itupun saya tahu setelah sahabat baiknya tersalah sebut nama saya dengan panggilan isteri keduanya.
Apabila saya soal siasat, sahabat mengaku menjadi saksi suami saya menikah lain dengan kekasih lamanya di seberang.
Saya tak pernah syak suami kahwin lain kerana sejak pernikahan kami pekerjaan suami memang kerap perlu outstation. Suami malah pulang ke rumah seperti biasa dan memang dalam sebulan kadang kala ada masa suami tidak pulang ke rumah seminggu. Namun saya tak pernah mengesyakinya.
Sekarang suami pun sudah mengaku dia punya isteri kedua dan tak bermaksud untuk menipu saya. Dia kata sayang kami berdua dan tak akan lepaskan salah satu daripada kami.
Masalahnya hati saya sangat terguris. Pernah terfikir untuk meminta cerai tapi dengan usia saya yang sudah masuk lewat 40an dan tak bekerja semuanya terpaksa saya pendam.
Bagaimana saya nak redha Kak Gee?
Yang Benar, Isteri Pertama
JAWAPAN
Waalaikumusalam Isteri Pertama. Kak Gee harap anda berada dalam keadaan sihat. Kak Gee juga turut bersimpati dengan nasib anda.
Tidak ada orang atau perempuan di dalam dunia yang dapat menerima dirinya dikhianati apa lagi dimadukan oleh suami yang selama ini dipercayai. Itu adalah satu perbuatan yang sangat menyakitkan.
Tapi Isteri Pertama, mari kita melihat dari sudut positif yang sekurang kurangnya mampu membahagiakan anda.
Pertamanya, lihat bagaimana suami masih menjalankan tanggungjawab terhadap anda dan anak anak dengan baik dan sempurna. Lihat juga bagaimana layanan dia terhadap keluarga kalian.
Jika semuanya masih baik, makan pakai terurus dan kasih sayangnya sama seperti kalian masih bercinta, pejamkanlah mata dan amankanlah hati anda.
Keduanya, asalkan isteri kedua sedar diri, menghormati dan tak menganggu kehidupan kalian, itu juga adalah sudah memadai. Sekurang kurangnya walaupun hati sakit tetapi tidak ditambah dengan sikap tak sedar diri orang yang telah merampas kebahagiaan anda.
Dan teruskan berdoa kepada Allah supaya pada akhirnya anda akan redha dengan apa yang terjadi dan memberi anda kedamaian hati serta kehidupan.
Kita sebagai manusia selalu tak nampak hikmah yang Allah ingin berikan kepada kita, jadi tunggu kerana orang yang sabar akan selalu mendapat ganjaran yang besar.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live