Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#PMTepiKakGee; Dicabul Semasa Kecil, Gadis Gembira Pakciknya Kini Meninggal Dunia

Gempak Spot
23/06/2020 15:00 MYT
SOALAN

Assalamualaikum Kak Gee. Saya tak ada banyak perkara untuk dikongsi. Cuma saya tak pasti adakah perasaan yang saya rasakan ini baik atau tidak.

Saya pernah dicabul berkali kali oleh seorang pakcik saudara sewaktu kecil. Macam biasalah dulu masa kena cabul saya tak faham apa yang dilakukan terhadap saya, tapi bila sudah semakin besar saya faham apa yang dilakukan adalah salah.

Beberapa tahun lepas pakcik yang sudah berkahwin jatuh sakit dan meninggal dunia. Saya rasa puas apabila dia meninggal dunia sebab setiap kali melihat muka dia, saya rasa benci dan jijik.

Salah ke saya rasa begitu?

Yang Benar,
Gadis Puas


Foto: 3,600 kanak-kanak didakwa dicabul paderi di Jerman | Astro Awani



JAWAPAN

Waalaikumusalam Gadis Puas. Pertama sekali Kak Gee nak cakap syabas kerana selama ini setelah mendapat kesedaran terhadap apa yang pernah terjadi kepada anda, anda masih boleh bertahan dan tidak melakukan hal yang tidak wajar seperti menyerang atau memberitahu kepada isteri juga anak anaknya tentang sikap pakcik anda.

Kak Gee juga faham bahawa menyimpan perasaan trauma atau benci boleh menjadi dendam yang sangat besar buat diri sendiri juga apabila ia tidak diluahkan.

Namun kini Kak Gee rasa semuanya sudah berakhir. Pakcik anda pun sudah meninggal dunia. Jadi Kak Gee harap anda dapat memaafkan perbuatan terkutuk yang pernah dilakukannya kepada anda suatu masa dulu.

Doakan pakcik anda semoga Allah ampunkan semua dosa dosanya. Kita mungkin tak tahu arwah barangkali sudah insaf dan sewaktu jatuh sakit mungkin dirinya sudah bertaubat, tinggal lagi sebagai manusia mungkin dia ada ego sehingga tak terlafaz kata maaf kepada anda.



Jadi sebagai orang yang masih hidup, Kak Gee harap Gadis Puas boleh move on dan maafkan perbuatan yang pernah dilakukan kepada anda.

Ya, Kak Gee faham mungkin masih ada trauma dan parut yang tertinggal dalam hati, tapi percayalah dengan memaafkan, hati anda akan menjadi lebih tenang.

-------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu kisah Gadis Puas, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?

Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.

Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.

Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.

Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.

Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!

Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!

#Viral #Viral #Cabul #PMTepiKakGee
;