Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee: Dicemburui Selepas Naik Pangkat, Ini Dilema Gadis Terkena Sihir Kerana Perbuatan Kawan Sendiri

Kak Gee 18/06/2020 | 12:46 MYT
SOALAN:
Salam Kak Gee, nama saya Nisha dan saya seorang pengurus di sebuah syarikat pembinaan di ibu kota.
Saya ada masalah dengan kawan baik saya sendiri, saya namakan dia Z, dia sebaya dengan saya.
Z merupakan kawan pertama saya yang saya kenali di syarikat ini kerana kami mendaftar pada hari yang sama.
Sudah lima tahun kami bekerja di sini dan saya rapat dengan Z kerana hanya dia seorang gadis yang baik dengan saya, rata-rata pekerja syarikat lain adalah lelaki.
Z seorang gadis yang peramah dan gemar bercakap, saya begitu senang berkawan dengan Z.
Namun begitu, awal tahun ini semuanya berubah.
Selepas saya naik pangkat menjadi seorang pengurus, Z mula menjauhkan diri dengan saya dan saya sangat terkesan dengan perkara itu.
Akhirnya, pada bulan Februari, saya didatangi sakit misteri.
Perut saya memulas sangat-sangat, rasa macam nak terkoyak, lebih-lebih lagi pada waktu Maghrib.
Hampir setiap hari saya rasakan kesakitan yang sama dan apa yang peliknya, apabila saya merujuk dengan doktor, pakar perubatan tak dapat ‘trace’ penyakit saya ni Kak Gee.
Akhirnya, menerusi saranan ibu bapa, saya berubat dengan seorang pakar perubatan tradisional.
Saya dapat tahu yang saya disihir dan terus dirawat sehingga sembuh.
Menurut pakar itu, orang yang menghantar benda terkutuk ini adalah seorang wanita yang sebaya dan rapat dengan saya.
Wanita itu dikatakan dengki dengan saya selepas saya dinaikkan pangkat.
Dalam fikiran saya terus teringatkan Z.
Saya cuti berkerja selama tiga bulan dan kini, apabila pulih sepenuhnya, saya kembali bekerja minggu lalu.
Saya dapat tahu Z diberhentikan kerana terjejas oleh sebab PKP.
Dua hari lepas, saya mendapat kiriman WhatsApp dari Z yang bertanyakan khabar saya.
Sejujurnya, saya rasa keliru, sama ada saya perlu kembali menghubungi Z dan patutkah saya berdepan dengannya?
Ada cebisan rasa sakit hati dalam diri saya kerana saya sendiri tak sangka dia sanggup melakukan perkara terkutuk itu kepada saya.
Bantu saya Kak Gee.
JAWAPAN:
Salam Nisha, terima kasih kerana meluangkan masa berkongsi permasalahan Nisha kepada Kak Gee.
Alhamdulillah, Nisha telah kembali pulih dan Kak Gee harap Nisha akan sentiasa kekal sihat.
Pada pandangan Kak Gee, Nisha haruslah memaafkan perbuatan Z.
Allah suka dengan sikap pemaaf.
Tapi itu tak bermakna Nisha harus kembali bersahabat dengan Z.
Kak Gee faham, luka di hati Nisha mungkin ambil masa lama untuk sembuh kerana perbuatan khianat kawan sendiri.
Jadi, nasihat Kak Gee, Nisha jaga diri terlebih dahulu.
Jika rasa terluka masih bersisa, mungkin Nisha boleh membalas WhatsApp Z dan meleraikan segala kekusutan.
Katakan kepadanya yang Nisha sudaf maafkan segala perbuatannya dan Nisha juga harus meminta maaf kepada Z sepanjang perkenalan anda berdua.
Selepas itu, ada baiknya jika Nisha menyekat nombor telefon Z dan tidak lagi berhubung dengan dia.
Apa yang penting, Nisha sudah memaafkan Z dan Nisha juga telah meminta maaf.
Mulakan hidup baru dan jangan lupa untuk berpegang kepada tali Allah.
Minta kepada Allah agar Nisha dijauhkan dengan segala bencana dan perbuatan pelik.
Nisha juga tidak harus meninggalkan suruhan Allah.
Insya-Allah, hidup Nisha akan sentiasa tenang.
-
Itu kisah Nisha, bagaimana pula dengan kisah seram yang dilalui oleh Rusdi?
Jangan lupa saksikan filem Town Mall yang mengangkat kisah seram pembangunan sebuah bangunan yang terbiar.
Akibat gangguan halus yang sering berlaku, pembinaan Town Mall terpaksa dihentikan dan sejak itu ia terbiar kosong selama 10 tahun.
Kini, sebuah syarikat pembinaan merancang untuk menyambung semula dan menyiapkan bangunan terbiar itu untuk dijadikan sebuah pusat beli belah terkemuka.
Pengurus projek iaitu Rusdi ditugaskan untuk memantau projek baru itu. Pada awalnya pembinaan itu berjalan dengan lancar, sehinggalah suatu hari kejadian sama dari 10 tahun lalu berlaku semula.
Jangan lupa saksikan naskhah lakonan Datuk Seri Eizlan Yusof, Reen Rahim, Intan Ladyana, Nynaa Harizal, Adam Shahz, Datuk Jalaluddin Hassan, Erry Putra, Hafizuddin Fadzil, Nor Albaniah, Ku Faridah dan Farahdhiya di pawagam rumah anda!
Langgan filem Town Mall bermula 25 Jun ini di Astro First saluran 480!
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
#PMTepiKakGee #PM Tepi Kak Gee
;