PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee : Diceraikan Talak Satu Gara-Gara Lahirkan ‘Anak Syurga’, Wanita Ini Terpaksa Terima Hakikat....
Soalan :
Hi Kak Gee, saya Mami Ira berusia 34 tahun.
Saya baru berkahwin dua tahun lepas dan telah pun dikurniakan seorang anak.
Nampak macam bahagia kan? Tapi saya dah pun diceraikan dengan talak satu sekitar dua bulan lepas.
Semuanya sebab anak yang saya lahirkan tu Orang Kelainan Upaya (OKU).
Anak tak mampu berjalan dan hanya terduduk saja.
Sebagai ibu saya sedih juga tapi saya reda dengan ujian tuhan.
Tapi mungkin si ayah tak boleh terima hakikat.
Tertekan, malu dapat anak OKU, terus ditinggalnya kami berdua.
Saya tertekan dan terkilan Kak Gee, please bantu saya.
Yang Benar
Mami Ira
Jawapan:
Hi Mami Ira terima kasih sudi #PMTepiKakGee.
Besar dugaan terpaksa ditanggung Mami, tuhan sajalah yang tahu perasaan Mami ketika ini.
Namun, Kak Gee nak Mami tahu yang awak tidak keseorangan dalam hal ini.
Sebenarnya dah banyak Kak Gee dengar kes penceraian disebabkan masalah anak.
Rakan Kak Gee juga berdepan masalah sebegitu.
Tiga tahun menangung derita, cekal membesarkan anak seorang diri.
Tapi mungkin Tuhan taknak dia tanggung derita ini lama-lama, Alhamdulillah, sekarang dia bahagia dengan lelaki yang sudi menerima dia dan anaknya.
Point Kak Gee adalah lelaki yang Mami kahwini sebelum ini mungkin bukan jodoh yang tepat.
Dia bukanlah lelaki yang akan hidup semati susah senang bersama.
Soal anak pula, Kak Gee mohon Mami banyakkan bersabar.
Allah tidak akan akan uji hambanya melebihi kemampuan mereka.
Jika memerlukan nasihat dan semangat, Mami boleh mintak pertolongan ibu yang mempunyai ‘anak syurga’ ini.
Mereka pastinya lebih berpengalaman untuk handle situasi sebegini.
Macam Kak Gee cakap tadi, Mami tidak keseorangan dalam hal ini.
Apapun Kak Gee nak Mami kekal sabar dengan dugaan.
Kadang-kadang Tuhan turunkan hujan petir & kilat, kita menangis mencari dimana hilangnya matahari.
Rupa-rupanya Tuhan nak beri kita pelangi.
Itu kisah Mami, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?
Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!