Layan Gempak Non-Stop Live hari ini selama 12 jam! Kumpul kata kunci & menang hadiah menarik di sini
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee; Dijadikan Jenaka Lelaki Songsang Hanya Kerana Belum Berkahwin, Bujang Terlajak Hilang Sabar

Gempak Spot 03/06/2020 | 02:10 MYT
SOALAN
Selamat Hari Raya Kak Gee. Saya kira dah berusia 30 tahun. Masalahnya saya tak kawin-kawin lagi. Saya dah ada kerjaya dan rumah. Alhamdulillah. Cuma sejak PKP ni saya terasa rimas dengan pertanyaan bila nak kawin. Bila nak kawin tu saya boleh defend lagi just cakap belum masanya lagi.
Yang saya rasa serabut bila officamate buat bad joke yang leh buat saya hilang sabar. Dia cakap saya songsang sebab tu belum kawin. Mendidih darah saya kak gee. Apa patut saya buat Kak Gee dengan bad joke macam ni.
Yang Benar,
Bujang Terlajak
JAWAPAN
Hi Bujang Terlajak, Selamat Hari Raya juga kepada anda. Mendengar permasalahan anda ini, Kak Gee rasa ia pun mungkin terjadi kepada rakan lelaki yang lain, hanya anda lebih berani dengan menyuarakan rasa kurang seronok itu kepada Kak Gee.
Kak Gee fikir Bujang Terlajak pasti punya jawapan yang sangat kukuh kenapa sehingga sudah lebih 30 tahun dan punya kehidupan agak stabil, anda memilih untuk belum berkahwin lagi.
Soal jodoh juga walaupun bunyinya klise adalah di tangan Tuhan. Kak Gee percaya apabila sampai masa pasti anda pun akan bertemu jodoh apabila telah tiba waktunya.
Jangan juga berasa segan atau rendah diri hanya sebab anda belum berkahwin kerana anda bukannya tidak mahu berkahwin, tetapi Kak Gee percaya sebelum melangkah dan mengambil tanggungjawab yang besar, semestinya Bujang Terlajak mahukan yang terbaik untuk kehidupan mendatang anda.
Jadi, apapun yang dikatakan orang sekeliling, termasuk menjadi bahan candaan yang keterlaluan orang rakan sepejabat bolehlah anda abaikan. Lagi pula anda bukan seorang lelaki songsang seperti yang dikatakan oleh mereka, jadi tidak sepatutnya anda rasa terkesan atau marah. Hal ini kerana jika anda marah, ia seperti sudah memberi indikasi bahawa apa yang dijadikan bahan jenaka itu benar.
Jadi, nasihat Kak Gee tenang dan bersabar. Jika boleh, jangan dilayan dan biasanya orang akan mula bosan jika hal seperti provokasi yang mereka lakukan tidak diambil berat.
Atau Bujang Terlajak juga boleh mengatakan dengan tegas bahawa jenaka yang dilakukan itu keterlaluan dan anda tidak senang mendengarnya.
Paling penting harus diingat jangan anda mengambil keputusan menikah misalnya hanya kerana mahu membuktikan diri anda tidak songsang atau memuaskan hati orang lain. Apa yang penting, semua keputusan yang anda buat termasuk sekarang masih menjadi Bujang Terlajak adalah keputusan yang dibuat untuk diri anda sendiri.
Apapun, Kak Gee juga mendoakan agar Bujang Terlajak kelak bertemu jodoh yang baik dan menjadi ketua yang baik dalam rumah tangga anda.
----------------------------------------------------------------------------------------------
Itu kisah Bujang Terlajak, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?
Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
#Bujang Terlajak #PMTepiKakGee #Lelaki Songsang
;