PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: Dilema Bekas Isteri Penagih Sukar Nak Terima Kehadiran Lelaki Baru
SOALAN:
Salam Kak Gee. Saya Rina, berusia 34 tahun dan seorang ibu tunggal anak dua.
Saya dan bekas suami berkahwin di usia yang sangat muda. Pada masa itu, saya baru berusia 19 tahun manakala suami baru 21 tahun.
Dia merupakan seorang penagih dadah dan saya dapat tahu perkara terbabit selepas dua tahun perkahwinan.
Pada mulanya saya bertahan dan mengajaknya berubah. Akhirnya, saya sudah hilang sabar dengan sikap suami dan bercerai di tahun kelima perkahwinan.
10 tahun sudah berlalu, anak-anak saya juga sudah menginjak ke usia remaja.
Kini, saya mempunyai masalah untuk menerima kehadiran lelaki baru dalam hidup saya.
Saya juga mempunyai rasa teringin untuk berteman, bercinta dan membina semula rumah tangga, tapi boleh dikatakan saya trauma dengan sikap bekas suami yang tidak bertanggungjawab.
Saya takut apa yang telah terjadi dahulu berulang semula.
Sebelum ini, saya sering gagal untuk berkenalan dengan mana-mana lelaki kerana sikap saya sendiri.
Saya rasa insecure dan sering menganggap mereka sebagai kawan.
Bila ada yang mahu menyuarakan hasrat untuk mengenali hati budi dengan lebih dekat, saya mula menjauh.
Sejujurnya, saya buntu.
Kini, ada dua orang jejaka cuba mendekati saya tetapi saya sendiri meletakkan batasan untuk mengenali mereka.
Apa yang perlu saya lakukan?
JAWAPAN:
Salam Rina, Kak Gee harap Rina sentiasa berada dalam rahmat Allah.
Bagi Kak Gee, apa yang Rina rasakan itu normal.
Semestinya kita akan mengingati apa yang pernah membekas menjadi luka dalam hati kita.
Tetapi, Rina harus ingat satu perkara.
Tak salah untuk kita ingat dan menjadikan ia pengajaran, tetapi salah sekiranya kita menjadikan perkara itu batasan dalam kehidupan.
Rina seakan tidak adil dengan diri sendiri. Rina seperti membina tembok penghalang kebahagiaan Rina sendiri.
Bagi Kak Gee, buka hati Rina. Tak semua lelaki itu seperti bekas suami. Rina pun masih muda dan anak-anak juga semakin membesar.
Beri peluang untuk diri Rina sendiri merasakan apa itu cinta. Semuanya harus dilakukan perlahan-lahan.
Tak salah untuk Rina kenang sejarah lama tapi jangan jadikan ia halangan untuk Rina melangkah ke hadapan.
Semoga Rina bertemu jodoh dengan lelaki yang beriman serta mencintai Rina dengan sepenuh hati serta tidak mengabaikan tanggungjawab kepada Rina dan anak-anak.
Insya-Allah.
Itu kisah Rina, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video