PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: Dilema Gadis Nak Semai Sikap Positif Tapi Sering Dipandang Rendah Oleh Kawan-Kawan
SOALAN:
Salam Kak Gee.
Saya selalu positifkan diri untuk gembira dan rasa bersyukur setiap hari.
Tapi, malangnya ada sesetengah kawan saya suka judge saya dan memandang rendah terhadap saya.
Apa patut saya lakukan?
Yang benar,
Lisot.
JAWAPAN:
Salam adik. Terima kasih kerana sudi berkongsi rasa dengan Kak Gee dalam ruangan ini.
Kak Gee puji sikap adik yang mahu menyemai sikap positif dalam diri.
Untuk mendapatkan kehidupan yang gembira, kita harus sering bersikap positif dan optimis dalam apa jua keadaan.
Dengan tertanamnya sikap positif dalam diri, semestinya kita akan rasa gembira dan bersyukur dalam kehidupan seharian.
Sudah namanya kehidupan, pastinya akan ada ujian.
Sama juga seperti apa yang adik hadapi kini dengan rakan-rakan yang gemar menghakimi.
Sikap sesetengah kawan adik itu merupakan salah satu ujian untuk adik terus positif dalam apa jua keadaan.
Siapa yang tak sakit hati kan apabila berhadapan dengan situasi berkenaan?
Tetapi, begitulah realiti kehidupan.
Adik haruslah terus kekal positif. Mungkin adik boleh marah tetapi simpanlah marah itu dah tukarkan ia sebagai pendorong adik.
Jadikan kata-kata kawan yang memandang rendah itu sebagai satu azimat untuk adik melangkah maju berbanding mereka.
Kak Gee doakan agar adik berjaya.
---
Itu kisah Lisot, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?
Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!