PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee; Diserahkan Ke Keluarga Angkat Sejak Usia 2 Hari, Remaja Buntu Cari Ibu Kandung
SOALAN
Saya sedih. Sejak umur 2 hari mak kandung serahkan saya pada keluarga angkat. Saya sedih bila mak angkat saya ungkit pasal saya, menyesal ambil saya dan cakap saya dari keturunan apa.
Tapi saya tak kisah semua itu. Saya cuma sedih kenapa mak kandung saya tak pernah nak cari saya balik sedangkan dia tau saya kat mana. Mungkin dia lupa.
Tapi tak pernah terdetik ke kat hati dia pasal saya, 9 bulan dalam kandungan. Dia tak sayangkan saya ke?
Macam mana saya nak cari dia sedangkan satu informasi pasal dia pun saya tak tahu. Dan paling saya sedih sekarang saya sudah dekat nak masuk universiti sambung belajar tapi mak tak ada dengan saya.
Yang benar,
Nogoman Gopal
Foto: Ada Apa Dengan Dosa
JAWAPAN
Hi Nogoman. Kak Gee harap anda berada dalam keadaan baik.
Kak Gee nak ucapkan tahniah kepada anda kerana bersabar dengan apa yang berlaku dalam takdir hidup anda. Kak Gee juga nak ucapkan syabas kerana sebanyak mana pun ibu angkat cuba mengungkit dan menyakiti hati anda, anda menerimanya walaupun pedih. Sesungguhnya perkara itu atau bersabar adalah sangat tak mudah dilakukan, apa lagi jika ia berkaitan hal keluarga.
Nogoman, sekarang zaman teknologi dan media sosial yang banyak membantu. Kak Gee sarankan jika anda bersungguh sungguh ingin bertemu ibu kandung, apa kata gunakan saluran ini sebagai usaha pencarian.
Cuba dapatkan informasi sedikit tentang ibu dari keluarga angkat anda. Maklumlah anda kata ibu tahu di mana ada berada hanya anda tidak mempunyai sebarang informasi mengenai dirinya.
Jadi langkah pertama, dapatkan informasi. Kemudian, tak salah jika anda 'iklankan' diri di laman sosial untuk mulakan pencarian. Sudah banyak kes seperti anda ini berjaya disatukan dengan pencarian di laman sosial atas bantuan warganet yang prihatin.
Cuba kerana ia masih percuma dan jika anda tidak memulakan langkah, tapi hanya berkeluh kesah, perkara ini tidak dapat diselesaikan pun. Jadi cuba okay.
Dan berkenaan ibu yang seperti tiada inisiatif mencari anda kononnya, begini ya. Jangan berburuk sangka kepada ibu atau sesiapapun sehingga anda mengetahui dan memahami situasi sebenar. Berasumsi atau bersangka adalah hal paling bahaya jadi apapun cari jalan penyelesaian.
Terpaling penting, setiap kali setelah solat, berdoa bersungguh sungguh agar Allah membuka jalan dan mempertemukan kalian. Lakukan juga solat hajat dan sesungguhnya Allah akan membantu orang yang berusaha.
Itu kisah Lisa bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!