PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee : “Emosi Orang Badan Besar Ni Sensitif & Mudah Tertekan” - Lelaki Ini Mohon Orang Ramai Tidak ‘Body Shamming’ Wani Comel

gempak
Kak Gee
11/12/2020
14:25 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee : “Emosi Orang Badan Besar Ni Sensitif & Mudah Tertekan” - Lelaki Ini Mohon Orang Ramai Tidak ‘Body Shamming’ Wani Comel

Soalan:

Hi Kak Gee, panggil saya Iman je.

Ye saya lelaki berusia 29 tahun dan berat badan saya pernah mencecah 130kg.

Begitu berat sampai sukar nak jalan.

Setelah hampir 2 tahun barulah berat badan saya kini sekitar 90kg dan Alhamdulillah dah boleh jalan.

Bukan saja nak cerita pasal berat badan tapi sebab ramai sangat minggu ni membincangkan soal adik Wani Comel, saya rasa terdetik untuk berkongsi pendapat.

Bagi saya boleh kalau nak bagi pandangan, tapi jangan lah terlalu kasar hingga mengguris perasaan budak tu.

Awak semua tak tahu bagaimana tertekannya bila berat badan begitu hingga sukar bergerak. Tuhan saja yang tahu.

Sorry kak Gee, saya saja nak kongsi luahan, gerammm!

Jawapan:

Hi Iman terima kasih kerana PMTepiKakGee.

Pertama sekali Kak Gee mahu ucapkan tahniah kepada awak kerana berjaya keluar daripada masalah obesiti.

Kak Gee faham, apabila isu berat badan ni, emosi seseorang agak goyah.

Kurang keyakinan diri sampai membuatkan dia tertekan.

Kak Gee pun mengikuti perkembangan Wani. Soal perjanjian kontrak itu tolak tepi, kerana biarlah dua pihak itu selesaikan sendiri.

Tapi apa yang nak ditekan di sini, jangan lah pula netizen menambah ‘perisa’ dengan mengecam fizikal Wani tu.

Bagi Kak Gee, budaya ’perang’ atau menghina di media sosial sebenarnya tak baik, janganlah disebabkan komen anda, emosi mangsa menjadi lebih teruk.

Apapun, Kak Gee doakan supaya orang ramai bersikap dengan lebih matang dan mengambil kira perasaan orang lain.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!

Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live