PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee; Gadis Murung Bekas Tunang Bawa Lari Duit RM10,000
SOALAN
Saya murung dengan bekas tunang saya. Dia kebas duit saya hampir RM10.000. Duit itu dikumpul untuk membeli aset pada masa depan.
Yang Benar,
Shah
JAWAPAN
Hi Shah, terima kasih kerana meluahkan perasaan kepada Kak Gee. Shah kena tahu, perasaan murung adalah hal yang perlu diberi perhatian dan tidak boleh dipendamkan ya.
Jadi cara Shah berkomunikasi dengan Kak Gee ini amat bagus. Kak Gee sedar, RM10, 000 bukanlah nilai yang sedikit, namun lebih menyakitkan hati adalah nilai kepercayaan yang ikut juga dibawa lari.
Nasihat Kak Gee mudah sahaja. Buatlah report polis. Melalui report polis, jangan selindungkan apapun fakta mengenai duit RM10, 000 yang dikebas bekas tunang anda itu.
Mungkin dia pun berasa oleh kerana dia menabung duit itu bersama anda sewaktu kalian masih bercinta dan bertunang, maka dia berhak ambil, jadi pokoknya kena telus dan mencari punca dari akar umbi.
Tapi kalau memang betul dia membawa lari duit penat lelah anda menabung untuk masa depan, itu adalah satu tindakan yang sangat tidak wajar.
Maka daripada anda membuat diri bersedih dan murung sedangkan bekas tunang bergembira kerana memiliki duit anda yang banyak itu, Shah perlu bangkit.
Pertama Shah pergi berbincang dan pujuk baik baik agar dia lembut hati memulangkan duit anda semula.
Namun jika tidak berjaya, jangan segan untuk pergi buat report polis. Usaha, kerana Allah akan selalu memberi jalan yang baik untuk semua umatNya yang teraniaya.
Jaga diri dan jangan takut mempertahankan diri anda ya Shah. Semoga anda berjaya mendapatkan kembali hak anda.
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu kisah Shah, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?
Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video