PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee; Gadis Sedih Enam Kali Kena Tinggal Kekasih, Dimaki Sebab Gemuk

gempak
Kak Gee
19/08/2020
15:00 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee; Gadis Sedih Enam Kali Kena Tinggal Kekasih, Dimaki Sebab Gemuk
SOALAN
Dalam masa 2 tahun, saya kena tinggal dengan ex-boyfriend saya 6 kali dan mereka semua 6 lelaki yang berbeza.
Mulanya mereka cakap mereka tak memandang fizik. Tapi selepas beberapa minggu menjalin hubungan mereka putuskan saya tanpa beritahu sebabnya. Tapi bila saya mendesak untuk mereka bagitahu, "pergi mamposlah kau gemuk! Sebab kau macam babi, gemuk pemalas! Aku ingat kau nak kurus bila couple dengan aku!".
Itulah yang keluar dari mulut mereka. Perkara yang sama berulang 5 kali menjadikan 6 orang lelaki tinggalkan saya kerana saya gemuk. Dengan berat 97kg saya sedar diri dan berat saya turun 4-7kg sebulan dengan diet yang sihat serta semula jadi. Saya tak mungkin kurus dalam masa yang singkat. Betul ke orang gemuk masih dipandang keji sekarang?
Yang Benar, Candy
Foto: www.dfi.dk
JAWAPAN
Hi Candy. Dengar apa yang Kak Gee ingin kamu lakukan ya.
Pertama, lupakan semua enam bekas kekasih anda yang tidak berguna semuanya itu. Berdasarkan apa yang anda luahkan, Kak Gee rasa enam lelaki yang menjadi kekasih anda sebelum ini semuanya tidak ikhlas dan ketinggalan zaman.
Candy tolong ya, cinta bukan berdasarkan rupa dan fizikal semata mata. Cantik itu sangat subjektif. Yang muda akan tua, yang cantik boleh jadi sebaliknya, yang kurus boleh jadi gemuk dan yang gemuk boleh jadi kurus.
Jadi untuk memaki anda dengan kata kesat seumpama itu, adalah tak berbaloi untuk anda terus bersama mereka. Mohon lupakan semua bekas kekasih anda dan fokus kepada apa yang sedang anda lakukan sekarang iaitu menurukan berat badan dengan cara yang betul.
Fokus untuk kurus bukan sebab orang lain, tapi sebab diri sendiri untuk menjadi lebih sihat dan soal tidak boleh kurus dengan cepat itu bukan satu masalah yang besar.
Tidak ada kejayaan dengan jalan mudah. Jadi biar perlahan janji matlamat anda sampai.
Satu lagi Candy, kita orang perempuan perlu kuat dan jangan mudah dipermainkan oleh lelaki. Kak Gee doakan agar matlamat Candy yang menurunkan berat badan secara sihat dan teratur tercapai.
Tapi ingat ya, lakukan ini untuk diri anda sendiri. Sayang diri anda sendiri dahulu sebelum orang lain. Jika anda selesa dengan berat badan dan penampilan anda, maka pasangan yang akan bersama perlulah menerima anda seadanya, kemudian memberi dorongan secara positif untuk melihat anda menurunkan berat badan yang ideal.
Itu kisah Candy bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live