PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: Geli Dengan Teman Serumah - "Pemalas Sangat Sampai Darah H*id Pun Tak Cuci!"
SOALAN:
Salam Kak Gee,
Nama saya Liya, seorang gadis yang merantau di kota Kuala Lumpur.
Semenjak mula bekerja, saya bersama dua rakan yang lain menyewa sebuah rumah di pinggir bandar.
Kami sudah dua tahun menyewa di sini dan ada seorang rakan yang sudah berpindah kerana bertukar tempat kerja.
Tinggallah saya dengan seorang rakan serumah lagi. Saya namakan dia Z.
Z sering tiada di rumah kerana kerjanya sebagai seorang jururawat.
Z balik pun kadang-kadang tengah-tengah malam, itu pun untuk tidur sahaja. Pagi-pagi dia dah bangun keluar bekerja.
Kini, rumah sewa kami dilengkapkan dengan kehadiran teman serumah baru bernama A.
Namun, saya ada masalah dengan dia.
Memandangkan kami duduk serumah, kami berkongsi tandas, ruang tamu, dapur dan sebagainya.
Masalahnya Kak Gee, A ni pengotor!
Lepas makan tak reti nak cuci, lambat kemas dapur, biarkan periuk dan kuali lepas selesai masak tu selama dua hari.
Kadang-kadang dah berkulat baru nak cuci, geram betul saya!
Mungkin perkara itu saya boleh tolerate lagi, tapi bila masuk bab bilik air, saya jadi lagi marah.
Baru-baru ni, saya geram sangat sebab darah haid dia bersepah dalam tandas dan tuala wanita yang sudah digunakan itu tak dibuang dengan betul!
Pemalas sangat sampai darah haid sendiri pun berat badan nak cuci!
Saya tak tahu nak tegur dia macam mana Kak Gee.
Kalau sekali saya dah marah, saya akan terus membenci.
Bantu saya Kak Gee, saya geli, tak tahu nak buat apa!
JAWAPAN:
Salam Liya.
Terima kasih kerana berkongsi masalah dengan Kak Gee.
Hmm, Kak Gee pun pening baca masalah Liya sebab Kak Gee paling tak gemar dengan orang pengotor.
Baiklah, Kak Gee rasa, Liya kena babitkan teman serumah Liya yang bernama Z.
Bincang dengan Z bagaimana cara nak menyelesaikan masalah itu kerana bagi Kak Gee, pengotor ni memang susah nak diubati kerana perubahan itu sepatutnya datang dari dalam diri sendiri.
Apa yang penting, Liya bincang dengan Z elok-elok dan cari solusi untuk perkara ini.
Liya harus duduk semeja dengan Z dan A untuk menegur perilaku A yang pengotor tu.
Bincang dengan penuh berhikmah dan jangan bergaduh kerana pertikaman lidah hanya akan memburukkan keadaan.
Bincang elok-elok dan pastinya A dapat berubah perlahan-lahan.
Kak Gee doakan agar Liya dan Z berjaya mengatasi masalah A.
--
Itu kisah Liya, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?
Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!