PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee : Gelisah 2 Bulan Tak Bercakap Dengan Teman Lelaki

gempak
Kak Gee
13/08/2020
06:46 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee : Gelisah 2 Bulan Tak Bercakap Dengan Teman Lelaki
SOALAN:
Salam Kak Gee. Saya Dania, kini masih belajar di sebuah kolej.
Saya mempunyai seorang teman lelaki bernama A.
Kami dah setahun menjalin cinta tapi beberapa bulan lepas, hubungan kami dilanda masalah.
Semuanya kerana saya menuduhnya mempunyai hubungan dengan seorang wanita.
Ada rakan saya ternampak A berjalan dengan seorang wanita di sebuah pusat membeli-belah.
Saya menyerang A tanpa sebarang peluang untuk dia memberikan penjelasan.
Akhirnya, saya dapat tahu wanita itu hanyalah sepupunya sahaja dan wanita itu juga telah mempunyai suami.
A sangat terluka dengan tuduhan itu dan dia merajuk dengan saya.
Kini, sudah dua bulan dia tak berjumpa dan bercakap dengan saya.
Kadang-kadang, bila saya cuba mengirimkan mesej di WhatsApp, dia hanya membalas salam saya serta menjawab sepatah-sepatah.
Dia sangat terkesan dengan tuduhan itu.
Apa yang perlu saya buat Kak Gee?
JAWAPAN:
Salam Dania. Terima kasih kerana sudi berkongsi permasalahan dengan Kak Gee.
Kak Gee rasakan Dania harus memohon maaf kepada A dan mengakui kesilapan Dania.
Bila lelaki yang merajuk, kadang-kadang lebih teruk sebenarnya.
Mungkin Dania boleh cuba memujuk A dengan bersua muka dengan dia?
Ambil hati A kembali dan sesali apa yang Dania lakukan.
Kak Gee percaya Dania boleh kembali baik dengan A tetapi proses itu mungkin mengambil masa.
Pujuk A baik-baik, Insya-Allah hubungan anda berdua akan kembali damai.
Itu kisah Dania, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Most Wanted Awards 2024