PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: Hati Sering Rasa Tak Tenang & Selalu Berfikiran Negatif
SOALAN:
Salam Kak Gee.
Nama saya Encik AR. Saya rasa tak tenang sekarang, dalam fikiran ni selalu berfikir yang negatif, membuatkan saya rasa jadi sedih setiap masa.
JAWAPAN:
Waalaikumsalam Encik AR. Kak Gee harap Encik AR sihat sejahtera.
Kak Gee memahami masalah yang dihadapi oleh Encik AR.
Saranan Kak Gee adalah Encik AR haruslah membuang rasa negatif untuk membangkitkan aura positif.
Apa yang berada di sekeliling Encik AR memainkan peranan penting.
Jika Encik AR rasakan persekitaran yang Encik AR diami memberikan impak buruk kepada pemikiran Encik AR, jauhkan diri daripada situasi terbabit.
Selalu membaca perkara-perkara positif, libatkan diri dengan aktiviti kerohanian seperti kelas agama serta membaca Al-Quran.
Lakukan perkara berfaedah yang dapat memberikan impak yang baik terhadap pemikiran Encik AR, nescaya Encik AR dapat membuang semua rasa negatif serta sedih dalam diri sendiri.
Kak Gee doakan semoga Encik AR berjaya, Insya-Allah.
Jika saranan Kak Gee itu tidak berhasil, lebih baik Encik AR berjumpa dengan pakar perubatan dan mendapatkan khidmat nasihat.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!