Masa Depan, Pilihanmu. Daftar Sekarang!

#PMTepiKakGee : "Hina Sangatkah Saya" - Pemuda Tertekan Asyik Diperli Makcik Sebab Tak Kahwin-Kahwin!

Kak Gee
11/07/2020 07:10 MYT

Soalan:


Hi Kak Gee, saya Aman berusia 27 tahun dan masih belum berkahwin.

Bukan saya tak cuba Kak Gee, tapi asyik malang je dalam percintaan.

Tapi bukan itu yang buat saya stress sebaliknya sikap mak saudara saya.

Bila jumpa je, asyik la tanya bila nak kahwin, lepas tu ada je point dia nak perli-perli.

Saya bela kucing pun dipersalahkan sebab itulah saya tak kahwin-kahwin.

Macam mana ni Kak Gee?

Jawapan:


Hi Aman, terima kasih kerana sudi PM Tepi Kak Gee.

Masalah Alan ni sebenarnya agak normal memandangkan Alan masih bujang.

Namun Kak Gee faham jika terlalu kerap ditanya, siapa yang tak selesa kan?

Nasihat Kak Gee, cuba bersabar dan Alan perlu pandai dalam menjawab atau menepis soalan berkenaan.

Nampak realisitik dan pada masa sama tidak membuatkan makcik terkesan dengan kata-kata Alan.

Mungkin boleh gunakan alasan jodoh belum sampai, atau mahu fokus kerjaya, berbakti pada mak ayah dan sebagainya.

InsyaAllah lama kelamaan semuanya boleh terima.

Apapun jangan stress ok, mungkin mereka hanya mengambil berat saja.



Itu kisah Aman, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?

Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.

KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.

Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.

Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.

Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.

Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.

Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
#PMTepiKakGee #Belum Kahwin #Bujang.
;