PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee: Ibu Mentua Meninggal, Menantu Masih Rasa Bersalah Dan Rasa Berdosa
SOALAN
Kak Gee, saya kenalkan diri sebagai Salina. Saya sudah 5 tahun berkahwin dan setahun lalu ibu mentua saya meninggal dunia.
Namun sehingga kini saya masih rasa bersalah dan berdosa terhadapnya kerana sepanjang berkahwin, hubungan saya dengan ibu mentua tidak pernah akrab. Walaupun tak bermusuh tapi pasti ada saja perkara yang saya atau arwah ibu mentua saling tak sepakat.
Sewaktu dia jatuh sakit, saya pun masih ego dan tak terfikir untuk ambil peluang meminta maaf dengannya di atas sikap kasar atau perbuatan saya kepadanya.
Jadi saya rasa bersalah sebab saya takut sebenarnya ibu mentua tak maafkan saya, Kak Gee.
Yang Benar,
Salina
JAWAPAN
Hi Salina. Ada pepatah Melayu yang lebih kurang berbunyi kalau di depan mata tak dihargai, tapi apabila sudah tiada barulah kita akan terasa banyak perkara.
Apapun Kak Gee harap Salina jangan menyimpan perasaan rasa bersalah itu terlalu lama. Sebaliknya tukarkan perasaan itu kepada doa yang tak pernah putus buat arwah ibu. Doakan supaya arwah tenang di sana.
Insya Allah, Kak Gee percaya arwah ibu mentua sudah lama memaafkan anda sebelum dia meninggal dunia.
Kak Gee percaya apa yang berlaku di antara kalian pun bukannya sebuah permusuhan, tapi adalah perselisihan faham yang tidak disimpan dalam hati.
Dan sekarang jadilah isteri yang menjaga anak lelaki arwah ibu mentua anda dengan baik. Santuni keluarganya dengan ikhlas dan baik supaya hubungan kekeluargaan anda dan keluarga suami semakin baik.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Must-Watch Video