PMTepiKakGee
#PMTepiKakGee; Ibu Tak Solat, Percaya Kad Tarot, Anak Takut Ibu Masuk Neraka
SOALAN
Assalamualaikum Kak Gee. Ibu saya selalu tinggal solat tapi saya kecil lagi, jadi saya takut nak tegur ibu. Ayah saya pun ada suruh solat tapi ibu saya tetap tidak solat. Ayah saya pulak memang total opposite dengan ibu.
Saya setiap hari doa supaya ibu berubah dan terima hidayah daripada Allah. Lagi satu, ibu saya suka tengok tarot Indonesia dan saya rasa perkara itu syirik, tapi ibu saya kata tak.
Jadi, saya tak nak ibu masuk neraka sebab saya tahu dosa syirik adalah dosa yang paling besar. Apa yang perlu saya buat ya ? Terima kasih kak gee❤️.
Yang Benar,
Hamba Allah
JAWAPAN
Waalaikumusalam Hamba Allah, Kak Gee puji anda walaupun masih kecil sudah ada rasa tanggungjawab yang besar dan prihatin terhadap keluarga dan agama.
Hamba Allah teruskan berdoa, mohon Allah lembutkan hati ibu untuk solat dan meninggalkan perbuatannya yang suka atau percaya kepada kad tarot. Apabila anda berdoa, doalah secara spesifik tentang apa yang anda ingin ibu jauhi dan apa yang ibu wajib laksanakan iaitu solat.
Keduanya, Kak Gee faham kita akan selalu rasa sebagai anak atau orang yang lebih muda, adalah amat sukar untuk menegur apa lagi menasihati ibu bapa dan orang yang lebih tua. Namun tak salah mencuba Hamba Allah, tegur atau berlembutlah dengan ibu sewaktu anda ingin dirinya berubah. Jangan berkeras atau berkasar kerana itu akan terus menjauhkan ibu daripada ingin berubah.
Jangan takut menegur kerana itu adalah sebahagian daripada tanggungjawab kita, tetapi bagaimana cara anda menegur ibu itulah yang patut dilakukan dengan baik, lembut dan tidak menjadikan anda jatuh jadi anak derhaka.
Tentang syurga atau neraka, Kak Gee harap Hamba Allah jangan pantas berfikir sedemikian kerana setiap kita manusia ini, diberi ujian hidup yang berbeza beza. Namun Allah juga boleh sekelip mata membalikkan hati kita menjadi manusia yang baik dan bertaubat, malah mungkin meninggal dunia dan menjadi kesayangan Allah kerana mendapat husnulkhotimah.
Jadi tugas Hamba Allah sekarang adalah terus berdoa kerana setiap doa dengan niat yang betul dan ikhlas akan disambut baik oleh Allah.
Jangan pernah lelah sebab doa seorang anak tidak ada hijab, begitu juga doa seorang ibu kepada anaknya.
Itu kisah Hamba Allah, bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!