Borak & chill dari isu semasa ke topik viral. Tonton rancangan bual bicara di SeeNI sekarang!
PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee; Ibu Tiri Bocor Rahsia Kepada Ayah, Kenapa?

Gempak Spot 11/06/2020 | 06:44 MYT
SOALAN
Kak Gee, saya ada mak tiri, orangnya baik juga. Kaau ada rahsia kadang kadang suka kongsi dengan mak tiri saya, tapi saya tak tahu pula yang mak tiri saya bocorkan rahsia saya kepada ayah saya.
Yang Benar
Chaiqah
JAWAPAN
Hi Chaiqah, apa khabar? Kak Gee harap anda sihat ya. Dilema yang awak hadapi ini macam comel juga pun ya. Sebab apa tau, kalau selalu kita dengar anak dan ibu tiri susah nak ngam atau baik, tapi anda sampai tahap boleh jadi kawan dan main simpan rahsia lagi.
Bestnya hubungan macam ni.
Kak Gee tahu bahawa rahsia adalah satu benda yang besar dan sepatutnya disimpan bukan untuk dikongsi atau disebarkan kepada orang lain.
Tapi jika itu adalah demi kebaikan anda, apa salahnya. Ambil ini dari sudut positif. Kak Gee rasa apa yang ibu tiri lakukan iaitu berkongsikannya pula dengan ayah awak, apa salahnya.
Ya, mungkin anda berasa dikhianati, lagi pula jika anda boleh memberitahu ayah sendiri hal tersebut, tak perlulah berahsia daripada beliau kan? Cuma macam Kak Gee katakan, mungkin apabila rahsia anda disampaikan dari ibu tiri kepada ayah, penerimaan ayah menjadi lebih tenang dan baik.
Sebagai ibu bapa, apabila anak anak mula membesar dan tidak lagi berkongsi rahsia kepada mereka, itu adalah satu kebimbangan. Bukan kerana ibu bapa menyebok atau tidak percayakan anak anak, tetapi naluri sebagai ibu dan bapa itu akan selalu ingin melindungi mereka.
Jadi sekali lagi Kak Gee katakan, jika rahsia itu hal yang baik dan tidak melukankan hati Chaiqah, ambil ia secara positif ya.
Namun jika ia adalah sesuatu yang tak sepatutnya ibu tiri anda bocorkan kepada ayah, Chaiqah maklumkan kepadanya, supaya dia sedar bahawa perbuatannya itu salah kerana telah melanggar kepercayaan anda kepada dia. Mungkin bila anda tidak katakan apa apa, ibu tiri berasa itu okay. Jadi berkomunikasilah.
Dan jika anda rasa sudah dikhianati walaupun ia rahsia yang baik mahupun tidak, mula belajar untuk 'menyimpan' kepada diri sendiri. Dengan cara ini mungkin lebih selamat semua rahsia anda kerana rahsia adalah rahsia kan?
Okay Chaiqah, Kak Gee harap jangan sampai perkara seperti ini buat hubungan anda dengan ibu tiri atau ayah renggang. Percayalah, setiap ibu bapa hanya ingin melakukan yang terbaik buat anak anak sebelum mereka menutup mata.
----------------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Itu kisah Chaiqah, bagaimana pula dengan kisah seorang ustaz yang berperang dengan kisah lampau?
Jangan lupa saksikan Ada Apa Dengan Dosa yang mengangkat kisah seorang ustaz menghadapi dosa silam apabila pernah berzina hingga melahirkan anak luar nikah.
Lebih menakutkan, anak itu membesar sebagai seorang yang berfikiran bebas dan tidak mempercayai kewujudan Tuhan hingga mahu membunuh diri.
Filem terbitan Pencil Pictures & Records itu dibintangi pelakon, Ashraf Muslim, Wanna Ali, Fasha Sandha, PU Riz, Adam Corrie dan Fauziah Nawi.
Ada Apa Dengan Dosa akan ditayangkan di saluran Astro First bermula 4 Jun ini.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
#Viral #Viral #Rahsia #PMTepiKakGee
;