PMTepiKakGee

#PMTepiKakGee; Ibu Tiri Buat Gadis Trauma Kerana Sering Disisihkan, Sampai Nak Makan Pun Takut

gempak
Gempak Spot
26/07/2020
15:00 MYT
Sponsor Banner
#PMTepiKakGee; Ibu Tiri Buat Gadis Trauma Kerana Sering Disisihkan, Sampai Nak Makan Pun Takut
SOALAN
Saya ada ibu tiri dan juga adik adik dari satu ayah. Kami duduk serumah dengan nenek saya. Masa saya kecil ada salah faham berlaku dan itu membuatkan ibu tiri saya berubah sikap. Contohnya dia hanya beli makanan untuk adik adik saya saja.
Setiap kali nenek saya guna bahan seperti telur yang ibu tiri saya beli. Dia akan cakap telur tu dia nk bagi makan pada anak dia saja. Maksudnya barang yang dia beli hanya untuk dia dan anak anak dia saja, saya tak termasuk sekali.
Saya terasa hati dan mula jadi seorang yang pendiam, saya mula jauhkan diri, saya rapat dengan nenek saja. Saya pikir biarlah ayah saya dengan keluarga baru dia. At least saya masih ada nenek saya. Tapi sampai sekarang saya ada masalah takut takut. Contoh kalau pakcik saya belikan sesuatu seperti kuih ke roti ke, saya takkan makan, sebab saya takut orang marah. Kalau saya makan pun, saya akan makan senyap senyap, waktu orang lain tiada di rumah.
Masa birthday saya pun, kawan belanja saya kek. Saya makan kek tu dengan penuh rasa debar, saya takut kena marah. Saya macam trauma sejak ibu tiri saya tak bagi saya guna atau makan makanan yang dia beli.
Sekarang umur saya dah 24 tahun, tapi saya masih ada rasa takut tu. Smpai sekarang kalau pergi rumah makcik saya pun, saya lagi sanggup berlapar dari makan makanan yang makcik saya masak. Saya selalu rasa berdebar, saya rasa macam saya buat salah kalau makan makanan yang org lain beli.
Saya selalu rasa yang saya akan dibenci atau dimarah kalau saya makan makanan yang orang lain beli. Saya tak boleh nak buang rasa debar rasa takut ni. Mungkin bagi orang lain masalah saya kecil. Tapi sampai bila saya kena hadap rasa yang macam ini, setiap kali kawan belanja apa apa, saya takut nak guna, nak makan.
Waktu di rumah pun, saya akan makan sorang sorang, kalau makan ramai ramai, saya rasa tak selesa, rasa debar macam saya akan dimarah selepas itu.
Yang Benar, Si berdebar
Foto: The Swaddle
JAWAPAN
Hi adik, Kak Gee sebenarnya tumpang bersimpati dengan apa yang anda rasakan. Masakan tidak, sejak kecil sehingga kini anda sudah berusia 24 tahun, perasaan takut takut atau berdebar itu masih menghantui anda.
Kak Gee harap anda dengar nasihat ini. Kak Gee mahu anda mendapatkan khidmat nasihat dari doktor pakar. Pergi bertemu pakar psikiatri untuk mendapatkan nasihat daripada mereka.
Hal ini kerana dari pandangan Kak Gee, anda telah mengalami sebuah emosi yang kurang baik sejak sekian lama sehingga ia menganggu kehidupan anda pada masa kini.
Jadi adalah lebih baik anda bertemu dengan pakar dan dapatkan nasihat yang lebih teratur dan terbaik dan mampu membuat anda menghilangkan perasaan berdebar atau takut takut yang sedang dihadapi sekarang.
Cuma sebelum itu, paksa diri untuk berpikiran positif dan menerima ibu tiri serta cuba bersikap lebih terbuka. Dan jika usaha ini sukar dilakukan atau tidak berjaya, ingat ya, sila dapatkan khidmat yang lebih baik.
Kak Gee doakan anda dapat mengatasi masalah ini dengan segera.
Itu kisah , Si Berdebar bagaimana pula dengan kisah keluarga Iskandar?
Jangan lupa saksikan filem Keluarga Iskandar The Movie (KITM) yang mengetengahkan kehidupan keluarga arwah Haji Iskandar yang mempunyai pelbagai ragam serta gelagat.
KITM mengisarkan tentang Keluarga Iskandar merancang untuk konvoi bersama ke majlis perkahwinan Faris iaitu bekas teman lelaki Adibah di Pontian, Johor.
Akan tetapi perjalanan ke majlis Faris agak lambat kerana Mak Jah asyik memaksa keluarganya menyinggah ke setiap satu rumah saudara sepanjang perjalanan ke Pontian.
Akibat terlalu bosan, Princess dan Dardar telah merancang untuk ke taman tema tanpa pengetahuan keluarga mereka. Kehilangan mereka berdua telah menggemparkan keluarga Iskandar.
Selain Anita, pelakon siri asal ini turut membuat kemunculan termasuklah Kismah Johar, Hilal Azman, Zain Hamid, Anita Baharom, Azhar Sulaiman, Raja Ema, Sobri Anuar, Hiera Hassan, Izz Ilham, Khayrisyah Kemal, Wan Rania Humairah, Taqim Zaki, Wan Adam Danish dan Dhia Iskandar.
Temui karakter-karakter kesayangan anda menerusi filem KITM yang ditayangkan terus ke pawagam rumah anda, Astro First di saluran 480 bermula 16 Julai 2020.
Kak Gee: Jika ada sebarang masalah, hantarkan persoalan anda di laman sosial Astro Gempak, Facebook, Instagram atau Twitter... PM Tepi je!
Topic Berkaitan
Must-Watch Video
Gempak Non Stop Live